Pelawat Yg ke -:

TaSiK pUtErI...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

TaSiK PuTeRi.....

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Thursday, August 4, 2011

Episode 4




'Hishh.. Monyet betul lah mamat tu.' gerutu hatinya. Kasut sekolah dibuka lantas diletakkan di atas rak kasut. Mulutnya tidak sudah-sudah mneyumpah seranah Anas.

Pintu yang tidak dikunci itu dikuak. Senyap.

'Tak ada orang ke?' tanya hatinya.

"Ma.." Laungnya kuat.

Senyap. Dapur dituju. Tiada. Ruang keluarga juga diintai. Tiada. Semua tempat sudah dicari kecuali bilik mamanya. Tidak mungkin dirinya akan memasuki bilik itu. Kalau dahulu, bilik mama dikongsi dengan papa. Tapi kini bilik itu dikongsi dengan 'papa barunya'. Papa yang tak pernah dianggap papa.

Tanpa memikirkan ke mana mamanya pergi, Esya pantas menaiki tangga. Menuju ke arah biliknya. Selesai mandi dan menyalin baju kurungnya, Esya kembali mengambil beg dompetnya dan telefon bimbit yang berada diatas meja solek itu. Dompet dah telefon dimasukkan kedalam beg converse hitamnya. Tudung dicapai dan dipakainya. Kaki melangkah keluar dari bilik. Tangan bermain-main dengan anak kunci skuternya. Berniat untuk keluar ke rumah kawannya memandangkan tiada sesiapa dirumahnya saat itu.

Secara tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Pintu bilik di depannya ditenung lama. Tangannya bergerak memulas tombol pintu bilik itu. Tersenyum Esya saat pintu bilik itu dapat dikuak. Perlahan-lahan dirinya berlalu masuk ke dalam bilik 'anak baru' mamanya itu. Dipandang sekeliling bilik itu. Bersih. Barang-barangnya juga tersusun rapi. Pertama kali memasuki bilik Anas, Esya terpegun. Biliknya tidak seperti bilik seorang lelaki bujang. Kemas.



'Woww.. Kemasnya bilik dia.'

Buku-buku yang tersusun itu dipandang kagum. Almari yang dipenuhi pingat dan piala dihampiri. Anas sememangnya seorang yang kuat bersukan sehingga dapat mengumpulkan semua pingat-pingat itu. Dirinya masih terpegun dapat melihat bilik Anas itu.

 'Come on la Esya. Macam kau tak pernah tengok bilik lelaki bujang yang kemas macam ni. Bilik Abang 10 kali lebih kemas dari yang ni. Entah-entah bilik ni mama yang kemaskan. Huhh..' hatinya membalas sama sendiri. Serentak dengan itu, Esya mencebik.

Meja di kanan katil itu pula dihampiri, terdapat banyak gambar-gambar Anas. Esya membuat simpulan bahawa Anas seorang yang gemar bergambar. Gambar yang berada di belakang itu menarik perhatiannya. Gambar sebuah keluarga. Masing-masing tersenyum gembira. Frame di sebelah pula diangkat. Saat itu, Esya hanya mampu mencebik. Gambar perkahwinan mamanya dan daddy Anas. Dimana mamanya tersenyum bahagia memandang Anas yang berada di dalam pelukan Zamrul. Saat itu, dirinya langsung tidak dipeduli oleh mama. Mungkin disebabkan dirinya yang hanya berkurung di dalam bilik sedangkan pada waktu itu berlangsungnya perkahwinan kedua mamanya. Puas dipujuk tetapi hatinya masih tidak boleh menerima perkahwinan mamanya itu.

Beg galas yang tadinya digalas dijatuhkan ke bawah. Bibir diketap kuat. Memikirkan apa yang harus dibuatnya bagi membalas dendam. Tidak mungkin dirinya akan membiarkan sahaja. Tidak sama sekali.

"Jangan panggil aku Esya, kalau aku tak buat apa-apa. So, let's play!" katanya perlahan. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman. Tangan menyeluk poket jeansnya, mp3 dikelurkan. Punat 'play' ditekan. Jam yang terletak elok ditangan dipandang sebelum mengatur langkah ke arah almari.

Almari baju dibuka, semuanya tersusun. Dan tanpa diarah, tangannya pantas mencapai baju-baju yang ada dah dilempar ke atas katil. Laci juga dibuka, tangannya sengaja mengucar-kacirkan barang-barang yang ada. Katil yang agak besar itu ditujunya. Tanpa memikirkan apa-apa, Esya memanjat ke atas katil itu. Dengan selambanya dirinya melompat-lompat riang. Bantal-bantal yang ada disepak ke bawah. Kepalanya terangguk-angguk sambil bibirnya menyanyi kecil.

Akhirnya Esya terbaring keletihan diatas katil itu. Dipandang sekeliling. Senyuman puas terbit saat melihat 'hasil kerja'nya. Perlahan-lahan matanya tertutup. Dirinya masih lagi mengantuk akibat tidak tidur semalam.

Bunyi I-phonenya memeranjatkannya. Pantas matanya terbuka luas. Tangan mencari-cari telefonnya itu. Dan akhirnya bunyi itu berhenti dengan sendiri. Esya kembali berbaring. Berniat untuk menyambung tidur. Baru sahaja dirinya ingin melelepkan mata kembali, dengan pantas matanya terbuka. Pandangan dilemparkan sekeliling. Jam tangannya dipandang lama.

"Oh my... I'm late!" jeritnya perlahan.

Tergopoh-gapah Esya bangun dan membetulkan tudungnya. Pantas dirinya berlari keluar dari bilik itu sambil membawa beg galasnya tanpa memikirkan pintu yang tidak ditutup dengan kemas itu. Tangga diturun laju. Sempat tangannya mengambil sebiji epal yang berada di dalam bakul di atas meja bagi mengalas perutnya yang sudah berbunyi. Sneaker putih hitam itu disarungnya. Baru sahaja Esya ingin membuka pintu, pintu dihadapannya itu sudah terbuka. Anas Zukarnain kini berdiri dihadapannya.

"Welcome Home!" ujar Esya, membuatkan Anas terkejut. Sangat luar biasa.



"Mama tak ada. Bagitau mama, aku keluar kejap. Aku makan kat luar hari ni." laju sahaja mulutnya berpesan, langsung tidak memandang muka jejaka dihadapannya itu. Esya berjalan pergi tanpa sempat Anas membalas apa-apa. Senyuman sinis terukir pada bibir merah itu.

'Weirdo!' desis hatinya. Anas hanya mengangkat bahu. Malas mengambil tahu kenapa dengan Esya. Kaki melangkah masuk sambil mulutnya bersiul perlahan.

Laju sahaja kakinya memanjat tangga. Pintu bilik ditolak. Terkaku. Matanya dikelip-kelipkan. Aku salah bilik ke? Tak mungkin! Pahanya dicubit sedikit. Okey je! Kaki di undurkan kebelakang kembali. Tombol pintu di tarik, dan ditutupnya. Mata dipejam 3 saat. Bismillahirahmanirahim... Tombol pintu dibuka kembali. Tetap sama. Matanya tetap dikelip-kelipkan.

' Thief?'

'Kalau betul, apa pasal bilik aku je yang dirompak?'

'Tak kan banyak sangat harta karun dalam bilik ni?'

Kaki pantas bergerak menuju ke arah bilik yang bertentang dengannya. Dipulas tombolnya. Terkunci. Bilik mama dan papanya juga terkunci. Bermakna, hanya biliknya sahaja yang tidak berkunci. Adakah disebabkan itu biliknya 'dirompak' ? Tak logik! Kenapa kawasan rumahnya yang lain masih tersusun rapi jika ada yang berniat untuk merompak.

Keningnya digaru sedikit. Kepalanya sudah pusing untuk memikirkan kebarangkalian yang mungkin terjadi hingga menyebabkan biliknya ' hancur'. Begnya dilemparkan ke atas katil. Setakat ini tidak ada satupun yang melintas difikirannya.

Baru sahaja dirinya ingin berlalu memasuki bilik mandi, dirinya terperasan sekeping kertas yang berada di atas meja dimana tersusun gambar-gambarnya. Kertas putih yang berlipat itu diambilnya dan dibuka.



'Baiknya perompak ni.' desis hatinya. Anas kembali mengelamun, memikirkan kejadian aneh itu. Seketika dirinya menggeleng-gelengkan kepalanya dan seketika kepala terangguk-angguk. Entah apa yang difikirnya saat itu. Matanya terpandang MP3 yang berwarna hitam yang terletak elok di bawah kakinya. Tanpa disuruh, tangannya bergerak pantas mengambil MP3 itu. Seingatnya, dirinya tidak pernah mempunyai MP3 berwarna hitam.

'Takkan perompak tu tertinggal kut?' hatinya masih bermain teka teki.

'Cuainya perompak zaman sekarang.' detik hatinya. MP3 ditangan dipandang semula. Dia seakan-akan pernah melihat MP3 itu. Otaknya ligat mencari jawapan. Dan akhirnya...

"I got it!" jeritnya kuat. Senyuman mula terbit dibibirnya.

'Siap kau!'

@!@!@

Skuter dipakir. Helmet dibukanya. Cafe' dihadapan dipandang lama sebelum dirinya berlalu memasuki cafe' tersebut. Pandangannya meliar ke kiri dan kanan, mencari Hisyam Hanif. Akhirnya pandangannya tertumpu ke arah seorang jejaka yang sibuk mengayat pelayan perempuan di cafe' itu. Entah apa yang dibualkan sehingga pelayan itu tersenyum malu. Esya hanya menggelengkan kepalanya.

"Sorry. Lama tunggu?" terpa Esya sehingga membuatkan perbualan mereka berhenti.

"Tak ada lah lama sangat. Dalam sejam je." perli Hisyam sambil meletakkan jarinya di bibir seakan-akan merajuk dengan Esya. Pelayan perempuan yang memakai tag nama Lina itu ketawa mengekek.



Esya tersenyum. 'Ketawakan aku ye..'

"Sorry lah darling. Tadi Esya tertidur. Letih sangat. It won't happen again." ujarnya sambil mengusap-usap pipi Hisyam memerangkap bapa saudaranya itu. Suaranya sengaja dilunakkan. Matanya mengerling pelayan perempuan itu yang kini memandangnya tajam. Hisyam tersenyum manis melihat jelingan Esya terhadap pelayan itu.

'Dah mula dah perangai dia...'

"Order lah sweetheart. Nasi Ayam sini best tau.." Hisyam kembali menarik pinggannya yang masih penuh dengan Nasi Ayam.

"Ok.. Mak cik.. Fresh orange 1, Nasi Ayam 1.." ujarnya selamba. Hampir sahaja Hisyam melepaskan ketawanya tetapi sempat ditahan. Wajah pelayan tersebut sudah seperti udang yang dibakar. Merah. Mungkin menahan rasa marah.

"Oh ye, cepat sikit ye Mak cik.." balas Hisyam seakan menghalau pelayan tersebut dari menjadi patung dihadapannya. Dalam masa yang sama, dirinya juga ingin memendekkan tempoh 'drama' yang dilakonkan oleh Esya Niffara. Kalau dibiarkan entah apa pula yang dilakonkannya.

"Mak cik?!" Hisyam memandang Esya yang masih berlagak selamba sambil menahan ketawanya. Tidak tahan dirinya melihat muka 'Mak cik' itu ketika berlalu.

"Ok what. Tu belum aku panggil dia granny lagi.. Mekap dia tebal sangat." ujarnya sambil tangannya mencari sesuatu di dalam beg galas yang dibawanya tadi.

"Macam-macam lah kau ni.."

"Apa yang kau cari tu? Kalut semacam je.." Sambungnya lagi sambil mengerutkan keningnya.

"It's not here!" katanya kuat serentak memandang Hisyam seakan-akan meminta jawapan daripadanya.

"What?!"

"Where is it? How come it's not here?? It should be here..." ujarnya tanpa menjawab soalan Hisyam. Tangannya masih menggeledah segala perkakas yang berada di dalam begnya itu.

"Oh my god! Did I lost it?!" serentak dengan itu tangannya memegang kepalanya. Mata dipejamkan

"What?! what is it?!" Hisyam mula bengang disebabkan soalannya yang dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Esya masih diam. Langsung tidak mempunyai keinginan untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh Hisyam.

"Yeah..  Maybe dekat rumah. It should be there." Akhirnya matanya dibuka dan memandang tepat ke arah Hisyam yang masih ternanti-nanti jawapan daripadanya.

"Esya!" teriaknya apabila Esya dengan tergesa-gesa bangun dari tempat duduknya dan kini mengatur langkah ke arah pintu keluar. Langsung tidak dipedulikan pelanggang lain yang memandang ke arahnya.

@!@!@!@

'Mama tak balik lagi ke?' detik hatinya.

Anak tangga dipanjat. Pintu bilik dihadapannya dipandang lama. Masuk ke tidak?

Perlahan-lahan tangan cuba memulas tombol pintu itu dan menolaknya. Bunyi air di dalam bilik mandi menarik perhatiannya. YES! Hampir melompat dirinya saat itu. Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang masih bersepah itu. Masih sama seperti mana dia meninggalkan bilik itu tadi. Atas katil menjadi sasarannya. Tiada. Tangannya bergerak pula ke arah bawah katil. Selimut tebal itu diangkatnya ke atas katil. 

"Apa kau buat tu?" Esya memandang sekilas sebelum kembali mengawal pernafasannya. 



"Cari Mp3 aku.." jawapnnya sebelum kembali mengangkat bantal-bantal yang menganggu proses pencariannya.

"Ouhh." Anas menganggukkan kepalanya. Matanya masih memerhati setiap perbuatan Esya.

"Ni siapa yang buat sepah macam ni?! Kacau betul lah.." katanya perlahan membuatkan Anas menjelingnya tajam. 'Buat-buat tak tahu pula minah ni!'

"Kalaulah aku tau kau nak hilang macam ni, tak adanya aku buat sepah macam ni! " ujarnya lagi. Anas mengerutkan keningnya. 'Apa punya bodoh minah ni?! Boleh pula dia mengaku..'

"Jadi sepah semua ni kau lah yang buat ye?" sengaja Anas menanya kembali soalann yang dirinya sendiri sedia maklum akan jawapannya. Sengaja ingin menguji 'kebodohan' Esya.

"Ye lah.. Aku! Siapa lagi nak buat sepah macam gini.." selamba.

"Apasal kau buat macam tu?" 

"Satu, sebab nak balas dendam. Dua, sebab aku bosan! Kau tau tak betapa bosannya aku sepanjang minggu ni?!" tangannya masih cekap mengangkat sebarang objek yang menganggu matanya.

"Kenapa pula nak balas dendam? Apa yang aku dah buat pada kau?" tanyanya lagi.

"Yang kau tanya banyak sangat ni apa pasal?! Kau ada nampak tak mp3 aku? Daripada kau duk menanya soalan-soalan tu semua, baik kau tolong aku cari. Perut aku dah lapar ni! Hish, rugi betul aku tak makan dulu tadi." marah Esya tanpa menjawab pertanyaan dari Anas.

"Cuba kau cari dalam laci hujung tu... " 

"Takkan boleh masuk ke situ pula.." rungutnya tetapi tangannya tetap menarik laci yang berwarna putih itu. 

"A'ah lah. Ada kat sini." pantas tangannya mengambil Mp3 tersebut sebelum berdiri dan bersedia untuk mengorak langkah keluar. Anas masih memandangnya sambil tersenyum nakal saat melihat Esya memulas tombol pintunya tetapi gagal. Dirinya bangun menghampiri Esya Niffara yang masih berlagak selamba.

"Apasal lah kau ni bodoh sangat?!" kelihatan Esya seperti mencuba membuka pintu itu sekali lagi membuatkan Anas tersenyum. 'Cuak lah tu’

“Boleh pulak kau masuk bilik seorang lelaki tanpa sedar yang kau akan terperangkap!" katanya dengan sinis. Esya berpusing menghadapnya sambil mengukirkan senyuman nipis, menambahkan kepelikan yang berlayar di kepala Anas. Langkahnya terhenti tatkala melihat pintu biliknya terbuka apabila Esya memulas sekali lagi tombol pintu itu.

Seingatnya, pintu itu sudah dikunci saat dirinya melihat Esya sudah terjatuh di dalam perangkapnya. Esya mengangkat kunci di tangannya sebelum melempar ke arah Anas. Anas hanya menyambutnya dan berdiri kaku di situ.

“KAU YANG BODOH SEBENARNYA!” kuat laungan Esya yang sudah berada diluar biliknya membuatkan Anas mengetap bibirnya. Marah. Siapa yang tidak marah apabila dikenakan sebegitu. 

“TAK GUNA!” buku-buku yang berselerak di atas lantai di sepak kuat menandakan dirinya amat-amat bengang dengan Esya Nifara.

‘Jaga kau!’

@!@!@!@

Jam tangannya di kerling. Jarum pendek sudah menunjukkan ke arah nombor 10 manakala jarum panjangnya tepat pada nombor 6. Kunci di tangan di masukkan ke dalam lubang yang di sediakan. Pantas tangannya menguak pintu tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam. Salam yang di berikan mematikan perbualan rancak antara keluarga itu. Serentak mereka bertiga menjawab salamnya.

Esya hanya memandang ketiga-tiganya yang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Malas memikirkan tentang ‘keluarga bahagia’ itu, Esya pantas berlalu ke arah dapur. Panggilan daripada mamanya di sahut sebelum dirinya berlalu ke hadapan sambil memegang segelas jus yang sempat di ambil di dalam peti sejuk.

“Kenapa lambat sangat balik?” tegur Puan Seri Zulaikha.  

Esya senyap. Jus masih lagi diteguknya sambil otaknya berputar, memikir sama ada patut atau tidak dirinya memberitahu tentang perjumpaannya dengan Auntie Amy yang merupakan kawan baik mamanya. Perempuan yang pernah di anggap sebagai perampas oleh mamanya. Dan sehingga kini, mamanya masih lagi berdendam.

“Kamu jumpa dia lagi?” soalnya. Melihatkan kebisuan yang ditunjukkan oleh Esya, membuatkan dirinya terpaksa membuat tekaan sendiri. Dan ternyata tekaannya tidak meleset sama sekali.

“Berapa kali mama dah cakap, jangan jumpa perempuan tu lagi.Dia cuma nakkan harta kamu!” marahnya.

“Ma, Auntie Amy bukannya macam tu.” bela Esya,membuatkan amarah Puan Seri Zulaikha semakin tinggi. 

“Kamu jangan jadi bodoh Esya! Betina gatal tu memang tamakkan harta. Tak boleh papa kamu, dia nakkan kamu pula. Bila dia tau papa kamu sakit terus dia lari kawin dengan jantan lain. Papa kamu tu memang bodoh sebab terlalu percayakan dia. Kononnya sayang sangat dekat betina tu. Dan sekarang kamu pula yang nak ikut jejak papa kamu?!” lantang suara Puan Seri Zulaikha memarahi anaknya. 

Mendengar mamanya mengutuk papanya membuatkan dirinya semakin berapi. Mamanya tidak tahu apa pun, tetapi kenapa memandai sahaja mereka cerita di antara papa dan Auntie Amy yang sudi menolong papanya walaupun pada mulanya tidak sanggup kerana tidak mahu mengkhinati kawannya sendiri.

“Tolong jangan hina papa Esya! Papa tak seteruk yang mama sangka! Auntie Amy juga bukan perempuan yang macam tu!” pantas gelas yang dipegang diletakkan dengan kasar sekali ke atas meja. Kaki bergerak ke arah tangga.

“Kamu tak tahu apa-apa, sayang! Diorang dah tipu kamu! Kamu masih kecil waktu tu! Sekarang, sebelum kamu menjadi mangsanya, lebih baik kamu jauhkan diri daripada perempuan tu!” suara mamanya sudah kendur tetapi masih ada tegasnya.

“Tak! Orang yang tak tahu apa-apa di sini ialah mama! Esya tau semuanya. Esya tau kenapa dan mengapa papa bertindak menceraikan mama. Esya tau semuanya yang mama tak tau!!” kuat suaranya menindakkan apa yang dikatakan oleh Puan Seri Zulaikha.

“Kamu....” tidak sempat Puan Seri Zulaikha menjawab, Esya terlebih dahulu membalas.

“Ma, stop it! Esya hormatkan mama sebagai mama Esya. Kalau macam ni cara mama, rasa hormat Esya pada mama akan hilang!” serentak dengan itu, dirinya dengan pantas memanjat tangga menuju ke biliknya tanpa menghiraukan Tan Sri Zamrul yang sedang menenangkan isterinya dan Anas yang terkelu di tempat duduknya. Entah apa yang ditengkarkan oleh ibu dan anak itu, langsung tidak di ketahui.

Esya menghempas pintunya dengan kuat. Geram dan kesal dengan kata-kata mamanya sebentar tadi. Papanya rela berkorban demi kebahagian mama tetapi mengapa mama masih berdendam. Rasanya, ingin sahaja dirinya berteriak menceritakan semuanya kepada mamanya. Biar mamanya faham. Biar mamanya pula yang menangis dengan pengorbanan papanya dan juga pertolongan kawan baiknya sendiri. Air mata yang mengalir di kesat kasar. 

Esya pantas membuka tudungnya dan mengambil tuala sebelum berlalu ke dalam bilik air. Dia perlu menenangkan dirinya. Dia tidak suka perasaan amarah terhadap mamanya semakin menebal di dalam hatinya. Walau bagaimanapun, masih ada perasaan hormat pada mamanya itu. Dia perlu menyiapkan diri utuk menunaikan solat Isya’.

@!@!@!@

Tuesday, March 15, 2011

Prolog Anafara Daisy

Enovel ni akn disambung slepas salah satu enovel yang dah sedia ada dlm blog ni tamat. Jadi, mungkin lambat sikit larhh.. Harap bersabar...







"Comelnya baby!" Budak lelaki yang berusia 2 tahun setengah itu mencuit pipi bayi montel yang berada dalam dukungan abangnya sulungnya, Hakimi. Sesekali dahi adiknya dicium oleh Hamizi. 

"Nanti boleh lah Fizi ajak dia main bola kan?" soal Hafizi dengan pelatnya.

"Dia ni perempuan lah. Bukannya lelaki.." sampuk abangnya, Shahril.

"Yeahh yeahh... Perempuan. Zack dapat adik perempuan." melompat-lompat Zakri mendengar kata-kata abangnya itu.

"Apa nama dia along?" soal budak lelaki yang bernama Hafizul pula kepada abangnya.

"Entah. Papa apa nama dia?" tanyanya pada si ayah yang asyik tersenyum disamping ibunya.

"Along, Shah, Izul, Zakri, Fizi, Mizi.. Nak adik nama apa?" tanyanya pada anak-anaknya itu. Bersorak gembira masing-masing mendengar kata-kata abahnya itu.

"Shah nak nama Daisy sebab dia cantik macam bunga Daisy." pantas Shahril berkata.

"Apasal tak letak nama Ros je?" Alongnya memberi cadangan.

"Ros tak sedap. Daisy lah.." Balas Shahril lagi. Hamizi dan Hafizi hanya mengangguk kepalanya tanda menyokong abangnya itu.

"Ok, lah.. Daisy pun daisy lah." Hakimi mengalah.

"Tak kan nak letak nama Daisy je kut. Pendeknya." petah Hafizul berbicara.

"Ana.." perkataan yang terbit dari mulut Zakri yang tadinya hanya diam itu membuatkan kelima-lima mereka berpaling ke arahnya. 

"Apa dia?" Hakimi menyoal.

"Anafara... Best nama tu." balas Zakri serentak melemparkan senyuman manisnya sehingga menampakkan giginya yang rongak.

"Setuju!" kata Hakimi riang disambut dengan suara adik-adiknya. Abah dan ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. 

"Anafara Daisy?!" soal Rahman.

Serentak mereka berenam menganggukkan kepalanya.

@!@!@

16 TAHUN KEMUDIAN.

"ANA!" panggil lelaki yang berusia separuh abad itu. 

Tiada sahutan.

"ANAFARA!" lelaki yang berkemeja biru lembut itu mendengus geram sebelum melipat surat khabar yang dibacanya tadi. Kuat suaranya melaungkan nama ' sang puteri.'

Masih senyap.

"ANA!" kali ini tiga suara bergabung memanggil Anafara yang masih berada di dalam biliknya. Mungkin masih diulit mimpi lena. 

 Langsung tiada balasan.

Kelapan-lapan lelaki yang berada di ruang tamu itu berpandangan seketika. Masing-masing mengetap geram dengan peragai ' Puteri ' mereka yang selalu lambat.

"ANAFARA DAISY!!!" bergegar suara mereka bergabung. 

..pause!..

ANAFARA DAISY... 

" Akulah tu. Nama panjang aku, Anafara Daisy binti Abdul Rahman. Umur aku? Muda lagi, 15 tahun aje. Aku ada 6 orang abang dan seorang adik lelaki. Yang bestnya, aku ialah satu-satunya puteri dalam rumah ni atau dalam kata lain I'm the only girl. Aku ada abah yang sangat sayangkan aku. Abah sekarang seorang usahawan yang agak berjayalah jugak. Ibu aku?! Ibu aku dah lama meninggal. Kata abah, ibu meninggal selepas lahirkan adik aku.

Aku tak pernah pun jumpa ibu sebab waktu tu aku masih kecil. Mana nak ingat kan.. Aku dibesarkan oleh abah dan abang-abang aku. Aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih dapat kasih sayang dari abang-abang aku walaupun kasih sayang dari ibu, aku tak pernah dapat. Anyway, abang sulung aku bernama Azlan Hakimi berusia 23 tahun. Masih single tau.. hehe.. Dia ni kadang-kadang tegas lah jugak. 

Abang kedua aku, Shahril Mikhail berusia 20 tahun. Abang Syah ni agak serius tapi ada masanya sangat-sangat kelakar. Masih jugak single. Abang aku yang seterusnya ialah abang Hafizul Zamri. Tahun ni dia akan ambil STPM. Abang Joe agak playboy lah jugak.Dia ni mesra alam sangat. Next, Aman Zakri.. Abang Zack. Hmm.. Abang Zack kurang rapat dengan aku tapi yang aku tau, dia sayangkan aku. hehe.. Abang Zack dalam tingkatan 5 tahun ni. So, tau-tau aje lah tingkatan lima mesti menghadapi peperiksaan besar, kan!

Si kembar! haha.. Yang ni abang aku yang kelima dan keenam. Diorang ni caring sangat dan suka buat lawak. Abang Hamizi Ramzi dan Hafizi Hashim. Diorang memang kembar seiras yang hanmya tua setahun dari aku. Kadang-kadang aku boleh keliru yang mana satu abang Fizi dan abang Mizi. And last but not least, adik aku! Biasanya adik yang bermanja dengan kakak kan? Tapi aku dengan Nazrul Azizi lain. Dia dah macam abang aku. Pelik kan? Tapi itu lah kenyataan. Dia yang manjakan aku, bukan aku yang manjakan dia.

Ramai tak adik beradik aku? Agak ramai lah kan. Abang Joe, abang Zack, abang Mizi, dan abang Fizi satu sekolah dengan aku. Eh, adik aku pun satu sekolah jugak dengan aku. Azizi cuma muda satu tahun aje dengan aku. 

Aku ada lapan boyfriend! haha... Ramai kan?! haha.. Jangan salah faham.. Aku bukan minah yang gilakan boyfriend dan sering bertukar boyfriend! No! Aku tak macam tu. Boyfriend aku, Boyfriend selamanya! haha.. Faham maksud aku?! Ok, biar aku terangkan. Boyfriend pertama aku, semestinya bakal suami aku pada masa akan datang. Yang ni misteri! Sebab aku sendiri tak tau siapa bakal suami aku. Yang ni serah pada tuhan je lah. Yang kedua hingga ketujuh, of course lah abang-abang aku. Dan yang kelapan my lovely adik lah.. hahaha.. 

Pernah sekali kawan-kawan aku tanya pasal boyfriend aku. Aku jawab 'Boyfriend aku ada lapan, yang mana satu kau nak tahu?' haha... Melopong mulut masing-masing. haha.. Selama ni aku tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki, tiba-tiba ada lapan orang boyfriend.. Tak ke pelik?! haha.. Aku tak peduli apa yang orang kata, yang pasti aku bahagia dengan hidup aku. Hmm.. Aku rasa dah terlalu panjang lah yang cakap.. So, continue yang tadi, ok! "

...continue!..

DEBUKK..

Kuat bunyi seseorang jatuh di tingkat atas. Menggeleng Rahman. Pastinya, anak daranya lah yang jatuh itu. 

"15 minit" jerit Anafara.

"Lambat 5 minit, abang tinggal.." balas Zakri kuat.

25 MINIT KEMUDIAN..

Kedengaran tapak kaki seseorang berlari turun tangga dan berhenti di meja makan. Cawan yang sudah berisi air susu dicapainya dan diteguk. Roti yang sudah disalut jem itu digigitnya. Kakinya dengan pantas mendekati rak kasut. Kasut sekolahnya dicapai. Selesai memakai kasut, baru kepalanya memandang tujuh orang jejaka yang merenungnya tajam. Hanya sengihan dilemparkan.

"Ana, tudung senget." tegur Azizi. Dan tanpa sempat tangannya membaiki tudung yang senget itu, Azizi sudah terlebih dahulu membaikinya.

Sengihan masih dilemparkan pada abang-abangnya yang lain. Abang Zacknya dipandang. Pastinya abangnya itu memarahinya kerana abangnya perlu bertugas pada hari ini. Abang Zacknya merupakan ketua pengawas sekolah.

"10 minit lambat. Tadi kata 15 minit aje, sekarang dah 25 minit. Apa kes tu?" tanya abangnya. Anafara sekadar tersengih membalas pertanyaan abangnya itu.

"Ana tidur pukul berapa semalam?" tanya abang Shahnya pula.

' Ok, soal siasat sudah bermula.' desis hatinya.

"Pukul 3.30.." jawabnya lambat-lambat. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"Buat apa sampai tidur lewat-lewat?" abang Joe nya pula bertanya.

"Abang Fizi dengan abang Mizi ajak tengok cerita hantu." Kali ini pantas sahaja jawapan meluncur keluar dari bibirnya sambil jari telunjuknya menunding ke arah Hafizi dan Hamizi. Senyuman tidak bersalah diukirkan kepada kedua-dua abangnya.

"Apa pulak abang? Abang Fizi tu yang ajak Ana.." jawab Hamizi pula. Hafizi disebelah dijeling.

"Aku pulak yang kena. Kau tu yang suruh aku ajak Ana.." Hafizi tidak mahu mengalah. Masing-masing cuba melarikan diri dari dimarahi oleh abang-abangnya. Azizi sudah mengekek melihat abang-abangnya yang saling tunding menunding.

"Korang berdua sama sahaja." Marah Hakimi. Terus diam kedua-duanya. 

"Dah-dah.. Nanti lagi lambat." tegur abahnya yang baru muncul dari dalam biliknya. 

Hamizi dan Hafizi membonceng motosikal. Anafara manumpang abangnya, Hakimi dan Shahril. Azizi dan Zack pula menaiki kereta bersama abangnya, Hafizul. Kenapa mereka tidak datang ke sekolah bersama?! 

Nantikan episode seterusnya..




Monday, March 14, 2011

Episode 3






“Kenapa ni?” tanya Hisyam setelah melihat mereka sudah berada jauh dari teman-teman mereka yang lain.


“Mana kau tau pasal ayah aku?” soal Esya sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding di tepi blok mereka itu. Agak jauh dari orang tetapi masih dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang berada di pondok depannya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.


Hisyam hanya tersenyum setelah menangkap maksud Esya yang membawanya jauh dari teman-temannya yang lain. Dari dahulu lagi, Esya sering merahsiakan pekerjaan ibubapanya dan kemewahan hidup mereka. Sebabnya? Dia sendiri kurang pasti dengan perangai Esya yang benar-benar lain daripada yang lain. Biasanya anak muda sekarang malu apabila rakan-rakan mengetahui tentang mereka-mereka yang hidupnya susah, malah sering berbangga dengan kemewahan hidupnya. Tetapi tidak ESYA NIFFARA!


“Hey! I am asking you! Answer me, ok!” kali ini matanya tajam menikam mata hitam milik Hisyam.


“I know your father very well lah, dear…” 


“How?” nadanya sudah diperlahankan.


“Hey. Look! Tak kan seorang adik tak kenal abang dia.”


“What do you mean by that?” tanya Esya garang.


Ketawa Hisyam meletus saat melihat muka Esya.


“I’m your father’s brother. Ok?” 


“Syam?” soalnya perlahan.


“Yup.. That’s me!”


Lama Esya melihatnya tajam sebelum terlompat-lompat bahagia. Hairan Hisyam seketika. Entah apa yang merasuk Esya saat itu. Tetapi senyuman tetap mekar di bibirnya. 


“My sweet uncle syam!” jeritnya perlahan.



“Hey! Don’t call me like that. I’m still young, ok..” serentak mereka berdua ketawa gembira. 


“Jom lah masuk kelas. Nanti kawan-kawan aku cari.” Katanya sambil menarik tangan Hisyam.


“Ok.. Eh, kawan-kawan kau cantik betul lah. Tapi kau lagi OK…” katanya sambil ketawa dan membuat tanda 'ok' dengan ibu jari dan jari telunjuknya . Esya hanya tersenyum.


“Tapikan.. yang aku hairan. Kenapa kau still rahsiakan pasal family kau?” sambungnya lagi tapi kali ini nadanya kedengaran serius.


“Syam… Aku tak nak fake friends, ok.. Ni pun kira bersyukur aku dapat kawan-kawan macam tu. Tapi diorang pun boleh tahan juga lah..” katanya sambil ketawa perlahan.


“Ye lah tu. Kau ni dari dulu sampai sekarang tetap macam ni.” Esya hanya tersenyum.


“Eh, sorry la libas kepala kau tadi.” 


“Oh, ingat pun. Aku ingat dah lupa. Kalau kau tak mintak maaf dalam masa 10 saat lagi dah lama aku humban kau dalam laut. Sesuka hati dia aje nak libas-libas orang. Silap-silap anak raja pun dia libas sekali.”guraunya. Esya hanya ketawa. Senang dengan pergaulan mereka.


“Eh… Let keep it as a secret. Ok?” tanyanya perlahan sambil matanya meliar ke dalam kelas. Kawan-kawannya hanya melihat hairan Esya dan Hisyam yang berada di luar kelas.


“Hey, Esya…  Come here..” panggil Jihan. Esya hanya mengganguk sebelum memandang Hisyam kembali.


“Let it be secret!” katanya sebelum melangkah ke arah teman-temannya. 


@~@~@  




“Kau pergi mana tadi?” tanya Naila.


“Tak pergi mana-mana. Aku ada hal nak cakap dengan dia tadi.” Katanya menunjuk ke arah Hisyam.


“Risau benar korang ea.. Tak boleh aku hilang sekejap, mesti ada yang panik.” Sambungnya sambil ketawa perlahan.


“Tak ada lah. Kitorang takut kau ada cari hal pulak dengan orang.” Balas Ros pula.


“Ye lah tu.. Cakap je lah yang aku ni sangat penting bagi korang. Tak pe, tak pe.. Aku tau, aku ni sangat bertuah dapat kawan-kawan macam ni. Lagipun aku ni kan leader korang. Lain hari aku naikkan pangkat sorang-sorang, ok..” katanya dengan bangga. Keenam-enam mereka mencebik.


“Poyo lah kau!” ujar Syaqira sambil menolak perlahan kepala Esya, membuatkan gadis 17 tahun itu ketawa semakin kuat.






“Sejak bila kau jadi leader kitorang, haa?” tanya Azuana pula.


“Ala.. Qira jelouse la tu… Dia tak dapat jadi leader. Kau kan Wana, tak baik la tak ngaku. Bukan ke kau yang merayu-rayu aku suruh jadi korang punya leader. Aku pun dengan berat hati terima je la.. Well, I’m your boss now..” katanya sambil ketawa senang hati.


“Ye lah tu.. Banyak la kau punya jelouse.” Kata Syaqira sambil tersenyum.


Dirinya sememangnya sedikit cemburu akan Esya. Esya yang cantik. Esya yang bijak. Esya yang baik dan Esya lah segala-galanya. Tetapi sebagai sahabat dia juga beruntung mendapat sahabat seperti Esya. Esya melayan kawan-kawannya dengan adil. Tidak pernah melebih-lebihkan sahabatnya yang lain.


Walaupun mereka semua tidak pernah mengaku tetapi Syaqira tahu. Mereka semua sudah menganggap Esya seperti 'big sister'. Kenapa? Kerana setiap kali mereka mempunyai masalah, Esya lah yang dicari. Setiap kali mereka ingin berbuat sesuatu pasti akan meminta pendapat dari Esya walaupun Esya tidak pernah memaksa dirinya dan kawan-kawannya utuk bertindak sedemikian. Esya merupakan kawan yang sangat penting bagi mereka.Esya bagaikan mempunyai tarikan magnet. 


“Tengkorak kau!” balas Azuana. Dan serentak dengan itu mereka bertujuh ketawa riang.


@~@~@






Hisyam tersenyum gembira melihat anak saudaranya yang agak nakal itu. Dirinya senang dengan perubahan Esya. Setelah papanya meninggal Esya jarang bercakap, malah senyumannya juga tidak kelihatan pada wajahnya. Ketawa apatah lagi. Kini Esya benar-benar berubah. Semuanya semestinya disebabkan oleh kawan-kawannya  itu.


Tersenyum lebar dirinya. Saat itu segera ingatannya teringat saat arwah abangnya masih hidup. Pastinya waktu itu Esya sentiasa riang. Abangnya meninggal akibat penyakit buah pinggang. Entah kenapa saat itu dia amat rindukan abangnya itu. Satu-satunya abang yang rapat dengannya. Lamunannya terhadap abangnya hilang saat namanya dipanggil oleh Amri.


@~@~@ 






Anas bungkam. Kenapa dirinya tidak pernah melihat Esya ketawa. Malah senyum juga jarang. Kenapa Esya menjadi riang di sekolah tetapi dirumah pula sebaliknya? Adakah kerana kehadiran dia dan daddynya? Benarkah disebabkan perkahwinan mama zu dan daddynya? Dia kembali menoleh ke arah Esya. Dan sekali lagi Anas terkedu. 


Kelihatan Esya bercakap dengan Hisyam sebelum Hisyam melangkah ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang merupakan budak-budak sekelasnya. Sebentar tadi baru sahaja Hisyam dilibas. Sekarang mereka sudah menjadi kawankah? Tadi dirinya sempat melihat Esya dan Hisyam berbisik di luar kelas. Secepat itukah hati Esya berubah? 


“Hey Anas! Sini kejap!” Terdengar Amirul dan kawan-kawannya memanggil namanya bersama sekumpulan pelajar lelaki yang lain menyentakkan lamunannya. Mereka juga merupakan teman-teman sekelas yang tidak sempat dikenalinya lagi. 


Pantas dia melangkah mendekati mereka. Senyuman cuba diukirkan. Antara mereka terdapat beberapa orang yang tidak dikenalinya, hanya Faizul dan Zafran yang dikenalinya dan Hisyam. Dan diantara mereka terdapat seorang perempuan? Erkk… 


“Hey…” sapanya sebelum menarik kerusi kosong di sebelah Amirul. 


“Guys… ni Anas.” Kenal Amirul pada kawan-kawannya. 


“Yang tu Ilham, sebelah dia Faiz, Amri, Razimi then Aiman and Syahmi. Zafran, Faizul and Hisyam, kau dah kenal kan?!” Amirul menunjuk setiap orang kawannya. Anas hanya mengangguk. Hisyam hanya mengangkat kepala, menyapa Anas dan dibalas dengan senyuman oleh Anas.


“Aku Zafiy!” Zafiy menghulurkan tangan dan mereka berjabat tangan. Amirul tersengih. Lupa akan kawannya yang sedari tadi berada di sebelahnya.


“Oh ye, lupa kau seorang. Zafiy ni ketua kelas kita.” Terang Amirul lagi. 


“Aku?” tegur gadis yang tadinya sibuk memerhati Anas, Anas hanya membuat selamba. Langsung tidak dilayan gadis itu. Melihat mukanya sahaja membuatkan Anas takut. Siapa yang tidak takut jika melihat perempuan yang bermekap tebal 10 inci itu. Menyeramkan. Ditambah pula dengan lirikan menggodanya itu. 


“Kau tak payah. Yang kau sibuk kat sini tu kenapa?” marah Amirul. Benci sungguh dirinya pada perempuan itu. Tiba-tiba sahaja menyertai mereka.


“Alaa.. Zafiy dengan Amri tak marah pun.” Menggedik saja nadanya, membuat kan Anas semakin meluat. Zafiy dan Amri hanya tersengih seperti kerang busuk.


“Korang ni..” Amirul mencebik perlahan. Wajah Hani dipandang sebelum menyuruhnya kembali ke tempat duduknya. Mencebik gadis itu sebelum kembali ke tempatnya. Amirul benar-benar tidak suka akan kehadiran gadis itu di antara mereka. Malah dia sedar Anas kelihatan tidak selesa dengan renungan menggoda Hani.


Amri dan Zafiy dipandang tajam. Dirinya tau, Amri dan Zafiy juga kurang menyukai gadis itu tetapi disebabkan Hani merupakan anak kawan ayahnya, mereka melayannya dengan baik walaupun hati terbakar.


@~@~@


Loceng berbunyi seiring dengan bacaan doa sebelum para pelajar bergerak ke surau bagi menunaikan solat zohor secara berjemaah sebelum pulang ke rumah. Itulah rutin harian pelajar-pelajar sekolah Master Private School. Mana-mana pelajar yang tidak mengikuti jadual yang ditetapkan, tanpa segan-silu tindakan tegas akan diambil.


Riuh-rendah kawasan itu dengan suara-suara pelajar yang bercerita itu ini sambil kaki masing-masing menuju ke surau. Ada yang bergelak ketawa dan ada yang bergosip. Mungkin inilah masa yang tebaik untuk bergosip sementara menunggu waktu azan zohor dilaungkan. Esya hanya diam mendengar kawan-kawannya bercerita. Cuma sesekali menyampuk dan ketawa. Memang itulah perangainya. Sekejap banyak bercakap dan sekejap sebaliknya. Rancak sahaja mereka berenam berbual.


Esya Niffara tersenyum melihat kawan-kawannya itu. Senyumannya terus pudar apabila melihat kelibat pelajar-pelajar lain yang berada di bangku di tepi tasik yang seberangnya terletak surau bahagian lelaki. Selalu dia dan kawan-kawannya melepak dan meletakkan beg sekolah masing-masing sebelum bergerak ke arah surau bahagian perempuan yang agak jauh dari tasik buatan itu. Selama ini tidak ada seorang pun yang duduk di kawasan itu tetapi lain pula pada hari ini.


Yang membuatkannya marah, kenapa bangku-bangku itu juga yang menjadi pilihan. Kenapa tidak bangku-bangku yang berada di sebelah-sebelahnya. Hairan. Kaki dilajukan sedikit. Azuana yang asyik ketawa dicuit. Mulutnya dimuncungkan sedikit, menunjuk ke arah hadapan.


Terhenti langkah keenam-enam gadis tersebut. Esya turut menghentikan langkahnya. Kepalanya diangkat sedikit kepada kawan-kawannya seakan-akan menanyakan gerangan pelajar-pelajar tersebut. Serentak mereka mengangkat bahu menandakan mereka berenam tidak tahu menahu siapa kelibat pelajar-pelajar tersebut memandangkan wajah mereka tidak kelihatan.


Langkah diteruskan menghampiri sekumpulan pelajar lelaki yang sudah membuka kasutnya yang sedang bersembang sementara menunggu azan zohor dan kini berada di tempatnya. Wajah pelajar-pelajar lelaki itu dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan pelajar-pelajar kelasnya. Tetapi setahu dirinya, mereka tidak pernah melepak di situ. Mukanya dimaniskan sedikit saat pelajar-pelajar itu menyedari kehadiran meraka bertujuh.


"Eh.." Amirul yang baru perasaan kehadiran mereka bertujuh bersuara.


"Sorry!" ucap Ilham pada mereka bertujuh. Esya hanya tersenyum.


"Apa sal kau minta maaf pulak? Ni bukan tempat dia sampai kau nak minta maaf segala. Ini kawasan AWAM. Mana-mana pelajar boleh duduk disini sesuka hati. So, jangan pernah kau mintak maaf hanya disebabkan kita yang sampai dahulu." marah Anas. Perkataan awam ditekankan.


"Tak pe aku tak kisah pun." Esya bersuara.


"Lagi pun kitorang datang dulu kan, Esya." sampuk Zafiy dengan nada guraunya. Esya sekali lagi tersenyum.


"Tau lah korang datang dulu, tapi tak kan tak tau kut yang kitorang dah lama duduk kat sini. Kalau nak duduk pun, duduk lah dekat bangku sebelah tu." balas Azuana garang sambil menjeling Zafiy tajam. 


"Hahh.. Betul tu." Sokong Syaqira.


"Alahh.. Dah la... Esok kita datang lagi awal, ok.." Esya menenangkan kawan-kawannya.


"A'ah.. Esok korang kena lah awal sikit. Jangan berjalan macam siput." Serentak dengan itu Anas dijeling.


"Esok, aku akan pastikan yang aku datang lebih awal dari kau." Esya membalas sebelum mengangkat kaki dari situ. Anas hanya tersenyum. Akhirnya... Serentak mereka ketawa melihat mimik muka yang dibuat oleh Razimi dan Aiman sebaik sahaja ketujuh-tujuh gadis sunti itu berlalu. 






Esya kembali melangkah ke arah bangku yang diduduki oleh Anas. Anas yang asyik berbaring di atas bangku itu tersentak. Kaki Anas ditolak kuat, menyebabkan Anas terjatuh ke belakang. Beg galasnya diletakkan diatas bangku itu. Zip dibuka, telekung dikeluarkan. Kemudian tanpa membawa begnya sekali, Esya dengan selamba melangkah ke arah kawan-kawannya.


"Hoi!" pekik Anas. Geram.


Telinganya dipekak kan. Malas mahu melayan Anas yang jelas-jelas sedang menahan marah. Langkahnya terhenti apabila mendengar ugutan Anas untuk melemparkan begnya ke dalam tasik. Kepalanya dipaling ke belakang.


"Kalau beg aku basah sedikit aje, jangan harap kau dapat balik sekolah dengan kasut dan beg kesayangan kau tu." Balas Esya dan kembali mengatur langkah ke arah teman-temannya. Anas hanya ketawa sinis mendengar ugutannya dibalas ugutan oleh Esya. 


'Kita tengok je lah nanti' 


!@!@!@!


Kawasan sekolah agak sunyi pada petang itu kerana ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing setelah seharian berada disekolah. Hanya pelajar-pelajar yang mempunyai kelas tambahan dan latihan sukan sahaja yang tinggal. Ketujuh-tujuh gadis sunti itu berjalan perlahan menuju ke arah tasik. Agak lambat mereka keluar dari surau itu setelah lama berehat seketika. Malas hendak berebut-rebut keluar dari surau itu, mereka mengambil keputusan untuk berehat seketika.


Esya tersenyum senang melihat kawasan bangku yang tadinya telah diduduki oleh pelajar-pelajar lelaki kelasnya, kini sudah kosong. Begnya yang tadinya diletakkan diatas bangku hujung itu dicari. Tiada. Tasik buatan ditepinya dijenguk disedikit. Pun tidak ada. Mukanya sudah merah menahan amarah. Anas benar-benaar melampau.


Kepalanya dipalingkan ke arah Naila yang mencuitnya. Pantas dirinya memandang ke atas pokok yang ditunjukkan oleh Naila. Begnya tersangkut elok diatas dahan pokok yang agak rendang itu. Mulutnya menyumpah Anas. Tengkuknya digaru sedikit, memikirkan cara untuk mengambil begnya yang kini berada agak tinggi.






"Need help, miss?" tegur satu suara. Esya segera berpaling. Anas hanya mengukirkan senyuman sinis. Ramizi, Amirul, Aiman dan Syahmi hanya ketawa. 


"I guess not." Sambungnya lagi setelah melihat wajah marah Esya. Laju sahaja kakinya melangkah pergi diiringi oleh ketawanya yang agak kuat. Sengaja menaikkan kemarahan Esya. Dirinya pasti, dirinya bakal menerima habuan dari Esya tidak lama lagi. Senyuman puas terukir dibibirnya.


"Apasal kau tak suruh dia aje yang memanjat tadi?" tanya Ros.


"Tak kan kau tak tau kut, dia lah yang letak beg Esya kat atas tu." Balas Mastura.


"Aku tau tu. Habis tu, sekarang macam mana? Tak kan kita nak panjat kut. Sepatutnya kita mintak tolong aje dengan budak-budak tu." balas Ros lagi.


"Macam lah kau tak kenal Esya. Dia tak kan nak mintak tolong dengan musuh dia." bals Syaqira pula. Masing-masing memandang ke arah Esya. Ingin mengetahui tindakan Esya seterusnya.


Esya melangkah ke arah batang pokok itu. Matanya meliar memandang sekeliling. Hanya beberapa orang sahaja yang ada dikawasan itu. Itupun masing-masing ralit berbual semasa sendiri. Kasutnya dibuka. Kainnya diangkat sedikit. Kaki kanannya perlahan-lahan diletakkan diatas pokok itu dan tangannya dengan pantas berpaut pada dahan pokok itu. Melopong kawan-kawannya saat itu.


"Eh, Esya... Turun lah. Nanti jatuh." Nasihat Jihan langsung tidak dipedulikan.


"Esya, kau turun lah. Aku mintak tolong dengan abang aku, ok?" Azuana pula memujuk.


Esya masih memanjat. Dan akhirnya dirinya dapat mencapai begnya. Begnya dicampak ke bawah. Baru sahaja, dirinya mengatur langkah untuk menuruni pokok itu, kainnya tersangkut di atas salah satu dahan pokok itu. Puas ditarik, tetapi tetap juga tersangkut. 


"Kau gila ke?" Marah seseorang. Suaranya agak dikenali tetapi memandangkan dirinya sekarang agak panik, dirinya tidak dapat mengingati suara siapakah itu. Tetapi yang pasti, suara itu milik seorang lelaki.


Esya cuba mencari gerangannya tetapi tidak dapat dikesan oleh matanya. Pandangannya kini lebih tertumpu pada kainnya sekolahnya itu. Esya perasan, manusia yang memarahinya tadi kini telah memanjat pokok itu untuk membantunya. Tangan kanannya cuba melepaskan kain Esya manakala tangan kirinya memaut kemas bahu Esya.


Esya hanya membiarkan. Perasaan tidak selesanya diketepikan seketika memandangkan keadaan dirinya sekarang. Setelah kainnya dapat dilepaskan, lelaki itu terjun ke bawah. Esya dengan pantas kembali mengatur langkah menuruni pokok itu. Kalau lah dirinya tidak memakai kain, sudah tentu dirinya akan terjun begitu sahaja.


"Hati-hati!" tegur suara itu lagi.






"Thanks!" ucapnya sambil mengukirkan senyuman. Kepalanya diangkat melihat gerangan tuan empunya yang baik hati menolongnya tadi. Senyumannya terus pudar.


'Dia lagi.. Dia lagi..' 


"Kau lagi!" Esya membuat muka bosannya.


"Apasal kau pergi panjat pokok tu. Dah tau diri tu perempuan, buatlah cara perempuan." marah Anas. Tangannya masih menepuk-nepuk seluar sekolahnya.


"Dah kau yang letak beg aku dekat atas tu. Apasal yang kau tolong aku pulak?" Marah Esya. Kawan-kawannya hanya diam memerhati.


"Aku tolong lah sebab aku tak nak apa-apa jadi. Kalau kau jatuh then mati.. Siapa yang susah? Aku jugak! Lepas tu, entah hukuman apa pulak yang aku dapat. Time tu, aku nak tidur malam pun tak senang sebab kena kacau dengan hantu kau. Mulalah aku tak cukup tidur. Tak ke menyusahkan aku. Last-last, mesti ada berita yang aku bunuh diri sebab tertekan. Tak nak aku mati awal-awal. Semuanya hanya sebab kau yang berlagak macam lelaki dengan memanjat pokok." balasnya panjang lebar.


Esya menggigit geram bibirnya. 'Melalut betul pak cik ni' desis hatinya.


"Dah la.. Blaa larh kau. Bosan aku dengar datuk tua membebel." halaunya. Kawan-kawannya ditepi yang asyik bergelak dipandang tajam.


"Aku yang handsome ni dipanggilnya datuk. Rabun betul mata kau ye.. Dah.. Tak payah menghalau, aku memang nak blaa lah dari sini. Tak hingin aku duduk lama-lama menghadap muka kau tu!" balas Anas Zukarnain sebelum mengangkat kakinya dari situ.


"Korang pun sama.. Apasal tak bagitau aku yang pakcik tua ni datang tadi?" Marahnya pula pada kawan-kawannya. Hanya sengihan yang diterima. Beg yang dihulur oleh Naila di sambut dan digalasnya. Terus sahaja dirinya berjalan ke arah skuternya. 


Kawan-kawannya hanya dibiarkan terpingga-pingga. Marah kerana tidak memberitahunya. Dan selebihnya disebabkan MALU. 


@!@!@!@


p/s: sorry sbb dh lama x post... n sorry kalau x best....



Saturday, February 5, 2011

Episode 12



“Kak!” bantal yang berada diatas katil dicapai lantas dipeluknya.

“Hmm..”

“Busy, huh?” tanyanya perlahan.

“A little bit.. Why?”

“Tak ada apa-apa.” Jawabnya , masih perlahan.

“Kenapa ni?” tanya Aisara prihatin. Perhatiannya dialihkan dari kertas-kertas kerja di atas meja. Adiknya tidak akan memasuki biliknya sebegitu jika tidak ada kemahuannya.

“Apa.. Eh, kenapa kening tu?” tanyanya sedikit cemas. Kening yang ditampal dengan plaster itu ditatapnya.

“Erm.. Syira terhantuk. Sikit je ni.” Jawabnya sambil tangan cuba menutup luka di kening itu. Aisara hanya mengangguk.

“Kak!” wajah Aisara dipandang.

“Ye!”

“Berapa lama kita nak tinggal kat sini?”

“Syira! Kita dah bincang pasal ni kan.” perlahan sahaja nadanya sambil memandang tepat sang adik.

“I know. Just… Syira nak balik rumah kita. Rumah kita dulu. I miss that house.” Insyirah cuba meraih simpati.

“Syira… Syira tak sayangkan kakak? Syira tak sayang auntie, uncle? Diorang dah lama tak jumpa kita. Diorang yang selalu tolong kita kan, kenapa kita tak boleh nak balas dengan tinggal kat sini. Just for a while. Bukannya untuk selamanya. Lagipun kita boleh lawat rumah tu, lepak-lepak… Tapi kita akan tinggal kat sini untuk ambil hati uncle dan auntie. Ok?” panjang lebar Aisara bersuara.

“Ok… Kak! It is ok, if satu hari nanti Syira nak tinggal kat sana?” dirinya bangun dan mendekati pintu. Pintu dibuka perlahan.

“Maybe…” hanya satu perkataan yang diterimanya.

“Good night, kak!” senyuman diukir pada Aisara. Pintu ditutup kembali sebelum berlalu ke biliknya.

@!~@!~@

“Siapa dia tu?” mulutnya memuncung menujuk ke arah Amsyar. Ara memandang sekilas sebelum kembali memandang Insyirah yang masih menanti jawapan darinya.


“Hairi Amsyar!” Ara menjawab perlahan. Athirah yang dari tadi menikmati tomyamnya mula mengangkat kepala. Hampir tersembur tomyam yang berada didalam mulut tatkala mendengar nama itu disebut.

“Look! Kau jangan sesekali dekat dengan dia!” kata Athirah tegas.

“Kenapa?!”

“He’s danger! Ok! Dia tu sejenis playboy yang agak kurang aktif dengan gadis-gadis macam kitorang tapi sangat aktif untuk kau!” jawab Ara, membuatkan Insyirah mengerutkan dahinya.

“Ok.. Macam ni, dia ni suka mainkan perasaan perempuan yang macam kau, maksud aku, yang agak nerdy, tak beberapa rapat dengan lelaki, yang kurang keperempuanan dia, yang macam kau lah…” terang Athirah. Insyirah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Kenapa kau tanya? Dia pernah dekat dengan kau ke?”

“Lebih kurang macam tu lah. Dah lah, makan lah.” jawab Insyirah sebelum kembali menghabiskan minumannya. Ara dan Athirah hanya diam, faham bahawa Insyirah tidak mahu memanjangkan perbualan mereka tentang lelaki tadi.

“Hey!” tegur seseorang di belakangnya. Insyirah berpaling.

“Yes.” Jawabnya sepatah.

“Macam mana kepala kau? Ok?” tanya Hairi prihatin sambil menundukkan kepalanya sedikit, cuba untuk melihat luka yang kini dilindung dengan cap yang dipakai Insyirah. Jarak mukanya yang agak dekat dengan Hairi menyebabkan Athirah dan Ara memandang tajam.

“Yeah! It’s fine!” tangan mencari sesuatu didalam begnya sebelum dihulur sapu tangan berwarna putih itu pada Hairi.

“Thanks again!” sapu tangan yang tidak bersambut tadi diletakkan diatas tapak tangan Hairi Amsyar.

“It’s ok. Erm, apa kata kalau kau belanja aku minum petang nanti?” tanyanya bersama senyuman manis.

“Well, sebagai tanda terima kasih.” Sambungnya lagi. Senyuman masih diukir.

‘ Kau nak mainkan aku sebab aku malukan kau ke? Tak apa… Kita tengok siapa yang mainkan siapa! ’ Insyirah tersenyum.

“Ok…” sebaik sahaja perkataan itu meluncur dari bibirnya, kakinya disepak agak kuat di bawah meja. Athirah yang berada didepannya dipandang. Mata kirinya dikenyit pada Athirah sebelum kembali memusingkan kepala ke arah Hairi.

Kelibat Aiman yang agak jauh darinya membuatkannya tersentak. Lantas dirinya berdiri, beg di capai cepat.

“But not today! I’m busy!” balasnya laju.

“Aku pergi dulu! See ya!” laju sahaja kakinya melangkah pergi. Berlari anak dirinya saat itu.

Aiman mengeluh. Perempuan itu sentiasa melarikan diri daripadanya. Kepalanya yang tidak gatal digaru, memikirkan rancangan seterusnya.

@~!@~!@

Senyuman terukir saat mengingati kata setuju dari Insyirah. Badan dibaringkan diatas katil. Sapu tangan yang berada di dalam poket tadi di ambil. Dipegang erat sapu tangan itu. Telefon yang berbunyi disebelah di ambil.

“Amacam? Dapat?” tanyanya sebaik panggilan tadi di jawab.

“Sorry bos! Kami tak dapat apa-apa pasal dia. Kami akan cuba lagi bos.”

“Tak dapat apa-apa? Tak kan lah! Satu pun kau tak tau pasal dia? Nama dia pun kau tak tau ke?” tanyannya bertalu-talu. Keluhan di lepaskan.

“Tak. Ada sesuatu yang menghalang kami.” Jelas anak buahnya itu.

‘Pandainya kau sembunyi identiti diri kau yang sebenar. It’s ok! Aku akan cari sampai dapat.’

“Aku nak kau berusaha lagi. Cari maklumat tentang dia sampai dapat. Ingat! Jangan sampai gagal dan jangan sampai dia tahu!” keras nadanya memberi amaran.

@~!@~!@

 “Nah!” mug yang berisi kopi panas itu disambut dan dihirup perlahan. Rafiq duduk berhadapan kawannya itu.

Zikri masih setia menonton televisyen, manakala  Iskandar sibuk bersama telefon bimbitnya. Apa lagi yang dibuatnya selain bermain mesej dengan perempuan-perempuan yang mungkin menjadi mangsanya kali ini.

“Apasal dia selalu lari dari aku?!” agak kuat Aiman menjerit, geram. Terhenti perbuatan masing-masing dan kini tertumpu pada Aiman.

“Siapa?” tanya Iskandar.

“Dania!” sepatah perkataan mampu membuatkan ketiga-tiga jejaka itu tergamam. DANIA!

“Da.. Da.. Nia.. Dania?!” tergagap-gagap Zikri menyebut nama Dania. Kuat perutnya disiku Rafiq.

“Yup! Dania!”

“Kenapa ni?” Rafiq pula bertanya.

“Dalam dunia ni bukan seorang je yang bernama Dania kan?! Tapi kenapa setiap manusia yang bernama Dania tu selalu berperagai sama?! Korang rasa lah kan.. Kenapa Dania suka larikan diri dari aku? Asal aku ada dekat sikit je mesti dia akan lari punya. Kenapa?! Aku ada buat salah apa sebenarnya??!” luahnya.

“Weyh… Apa maksud kau ni?” tanya Iskandar yang masih tidak puas hati.

“Dania Insyirah and that Dania selalu lari dari aku. Kenapa?” soalnya.

“Insyirah tak larikan diri dari kau. Dia cuma perlukan masa.” Jawab Iskandar sekaligus membela Insyirah.

“Tapi aku tak rasa macam tu..” Aiman membalas lemah.

“That Dania?! Siapa pula tu?” sampuk Zikri pula.

“Yup! That Dania. That tomboy. Her name is Dania right?” matanya memandang Iskandar meminta kepastian. Iskandar hanya mengangkat bahu.

“What do you mean by her name is Dania?!” Rafiq memegang bahu Aiman. Zikri di sebelah hanya mendengar.

“Her name is Dania. That tomboy that all of you call her In has a name. And her name is Dania. Tak kan kau tak tahu, Is.. Kau kan sekelas dengan dia. Nama dia pun kau tak tahu ke?” balasnya agak malas.

“Macam mana kau tau nama dia?” Zikri mula bersuara.

Kawan-kawannya dipandang seorang demi. Di dalam otaknya sekarang hanya berfikir sama ada ingin memberitahu atau dirahsiakan sahaja tentang rantai itu. Lama dirinya berdiam diri, akhirnya Aiman bangun. Berdiri. Tangga didakinya, menuju ke arah bilik Zikri.

Terlopong kawan-kawannya.

“Ok, kenapa dia tak jawab soalan aku?” tanya Zikri. Iskandar sekadar mengangkat bahu sebelum kembali membalas mesej-mesej yang diterimanya.

“Tak pe. Kita biarkan dulu. Aku rasa dia tengah confius tu.”Rafiq menjawab perlahan.
  
@!~@!~@

Kakinya ditarik, lantas kedua-dua tangannya memeluk lututnya itu. Kepala ditongkat pada lutut. Cap putih yang sebelum itu berada di atas kepalanya diletakkan ditepinya. Foto yang berada ditangannya dipegang kejap.Perlahan-lahan matanya terpejam. Rapat.

Terkejut Insyirah apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi setelah lama dirinya tertidur dalam keadaan memeluk lututnya itu. Pantas Insyirah membetulkan kedudukannya. Rambut yang menutup mata disebak kebelakang.

Dan alangkah terkejut dirinya saat itu apabila melihat Hairi berada didepannya sambil mengukirkan senyuman. Matanya memandang tepat Hairi. Memikirkan kenapa Hairi berada di depannya dan bagaimana Hairi dapat mencarinya.

Dua pasang mata masih memandang satu sama lain. Agak lama, sebelum Hairi berpaling memandang telefonnya yang masih berdering. Insyirah yang sedar telefon bimbitnya masih belum diangkat, bergerak pantas mengambil telefon yang berada di dalam begnya.

Nama pemanggil dilihat sekilas sebelum bertindak menjarakkan sedikit dirinya daripada Hairi Amsyar yang masih memerhati tindak tanduknya. Suara diperlahankan supaya tidak didengari oleh Hairi.

Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket jeannya itu. Hairi dipandang. Rambutnya disanggul sedikit sebelum memakai cap yang tadinya berada bersebelahan dengan begnya.

“So.. Apa kau buat dekat sini?” tanyanya. Beg galasnya dicapai. Bangku yang terdapat disitu didudukinya.

Senyap. Tiada balasan daripada Hairi. Insyirah yang memandang ke hadapan kini mengalihkan pandangannya pada Hairi yang kelihatan memandang sesuatu.

“Ni Aiman ke?”




“Hah?”

“Gambar ni. Gambar Aiman Danish ke?” pertanyaan Hairi membuatkan Insyirah berdiri dan merapati Hairi.

Gambar ditangan Hairi cuba diambil tetapi Hairi dengan pantas menyorok gambar itu dibelakangnya. Insyirah mendengus geram.

“Give me back!” tegas nadanya.

“Kau minat Aiman ke?” tanya Hairi nakal. Insyirah hanya mendiamkan dirinya sambil berusaha mengambil kembali gambar itu.

“Tapi dia nampak lain lah. Rambut dia pun lain. And, sejak bila Aiman pakai specs?” tanyanya hairan.

“Sebab dia bukan Aiman!” agak kuat Insyirah bersuara, mengejutkan Hairi.

“Tak mungkin. Nama dia pun sama.. Danish! See..” tunjuknya pada Insyirah. Dan dengan pantas Insyirah mengambil gambar itu daripada Hairi. Hairi hanya tersenyum.

“He’s Aiman, right?” tanya Hairi sambil ketawa perlahan.

“No, he not!” jawabnya kasar.

“Yes, his name is Danish but he is not Aiman Danish. He can’t be Aiman.” Sambungnya lagi. Semakin perlahan nada suaranya saat menuturkan ayat terakhir itu. Hairi mengerutkan dahinya.

“So, who is he?” tanyanya curiga.

“My big brother.” Insyirah menatap gambar itu sayu sebelum memasukkannya ke dalam sebuah buku dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.

“Ok. But his face…” katanya perlahan. Masih tidak mahu menerima pengakuan Insyirah.

“I don’t know. Maybe, dah takdir.”

“Argh, just forget it! Jom! Kata nak suruh aku belanja kau!” ajaknya sambil mengukirkan senyuman. Pintu yang agak usang itu dihampirinya. Tombol pintu dipulas dan ditolak perlahan.

“Serious?” Hairi menanyakan kembali. Tidak yakin dengan ajakan Insyirah. Insyirah hanya menganggukkan kepalanya.

~@~@~@~