Pelawat Yg ke -:

TaSiK pUtErI...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

TaSiK PuTeRi.....

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Monday, November 22, 2010

Episode 1




Dari tadi lagi telinganya menangkap bunyi siren bomba melalui kawasan perumahannya. Matanya masih fokus terhadap novel yang baru dibelinya tadi. Angin yang menyapa tubuhnya yang hanya disalut baju tidur amat dingin sekali. Tetapi semua itu tidak menganggu pembacaannya. 

Ralit benar dirinya membaca novel ‘1000 saat’ itu sehingga tidak menyedari waktu yang sudah pagi. Selesai sahaja sebuah novel dihabiskan, Esya melangkah memasuki biliknya. Pintu beranda ditutup dan dikunci. Mata melilau mencari jam. 

Bibir nipisnya mengukirkan senyuman tatkala mengenangkan kelekaannya membaca novel sehingga jarum jam sudah hampir menginjak ke arah pukul tujuh. Bilik air ditujunya. 


Selesai mandi dan menunaikan sembahyang subuh, Esya menyarung baju sekolahnya. Beg sandangnya dicapai. Telefon dan dompet dimasukkan ke dalam poket baju kurung sekolahnya. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, barulah Esya melangkah keluar dari biliknya. 

“Apasal yang awal sangat anak mama pagi ni?” perli Puan Sri Zulaikha saat melihat anaknya mengambil tempat di meja makan hanya dibalas dengan sengihan oleh Esya. 

“Don’t tell me, you don’t sleep just because read the novel?” sambung Puan Sri Zulaikha lagi. Sekali lagi, Esya hanya membalas dengan sengihan. Fahamlah dia bahawa anaknya membaca novel sehingga ke pagi. Dirinya mengeluh perlahan. 

“You promise me before!” entah apa yang menarik mambaca novel sehingga anaknya sanggup bersekang mata semata-mata ingin menghabiskan novel yang di baca. Anaknya begitu taksub dengan novel. Pantang mendapat tahu novel baru sudah diterbitkan, anaknya akan segera ke kedai buku.     

“I never promise you la ma…” balas Esya sambil mengigit roti bakar, kerusi depannya dipandang. Kosong. 

‘ Takkan tidur lagi kot.’ Monolog hatinya. 

“Esya…” 

“Ok.. Ok… I’ll try. Ermm, ma. Anak mama and Uncle Zam tak turun makan ke? Tak takut lewat ke?” segera Esya mengubah topik perbualan mereka. 


Keluhan kecil dilepaskan saat mendengar panggilan Esya terhadap suami barunya dan juga anak tirinya. Dia tahu Esya masih tidak dapat merestui perkhawinannya dan Zamrul. Tetapi sekurang-kurangnya sekarang Esya melayan Zamrul dengan baik, itu merupakan satu peningkatan yang baik. Tidak seperti pada awal perkhawinannya. 

“Papa dah pergi kerja, dia ada meeting pagi ni. Anas pulak dah pergi dengan kawan dia. Ada hal kat sekolah tu.” Jawabnya sambil tangannya sibuk mengemop lantai. 

“Ohh.. Hurmm, ma, semalam rumah siapa yang terbakar? Tak habis-habis bunyi siren bomba.” Cawan diatas meja dicapai, dan perlahan-lahan dia mencicip air kopi yang masih panas itu.


“Erm, mama dengar jiran-jiran kata yang sekolah kat hujung tu terbakar. Sekolah Anas.”


“Ohh.. dia sekolah kat situ ea?” tanyanya perlahan.


“Selama ni takkan Esya tak tau?” balas Puan Sri Zulaikha hairan.


“Esya tak pernah ambil tau hal orang yang Esya tak kenal.”balas nya selamba. Terkedu sebentar Puan Sri Zulaikha.


“Ok la ma… Got to go.” Pantas sahaja tangannya mencapai kunci skuter yang berada di atas rak meja. Puan Sri Zulaikha dihampirinya.


“Yelah.. Yelah..” tangan  Puan Sri Zulaikha di salam dan di ciumnya.


“Ehh, Esya..” kata-katanya terhenti saat melihat anaknya sudah tiada.


“Ish budak ni. Selalu aje macam ni.” Puan Sri Zulaikha menggeleng perlahan.


@~@~@








Skuter biru miliknya dipakir di tempat memakir motorsikal-motorsikal. Helmet yang juga berwarna biru dibuka lantas dietakkan di atas tempat duduknya. Lipatan tudungnya di betulkan, kedudukan beg sandangnya pula dibaiki sebelum dirinya mengorak langkah ke kelas.


Beg sandang yang berwarna hitam itu diletakkan di atas kerusi sebelah tempat duduknya yang sememangnya kosong. Sebaik sahaja melabuhkan punggungnya, Azuana dan Mastura menghampirinya.


“Sya… Kau tau tak yang sekolah lelaki yang dekat dengan kawasan rumah kau tu terbakar?” Soal Mastura, sambil mengambil tempat di hadapan Esya.


“Aku ada la jugak dengar dari mama aku tapi aku tak tahu pulak yang sekolah tu sekolah lelaki. Sekolah lelaki bermakna tak ada perempuan kan?”


Mastura dan Azuana menepuk dahinya. Sungguh pelik dengan sikap gadis itu. Berpura-pura tidak tahu atau gadis itu sememangnya tidak tahu. Tak kan maksud sekolah lelaki juga tidak faham. Mahu dikatakan kawannya itu lembab, tidak juga. Kawannya selalu mendapat tempat tertinggi di dalam kelas. Malah seluruh tingkatan kawannya sentiasa mendapat tempat teratas.


“Ok aku tahu. Pelajar sekolah itu semuanya lelaki. So apa hal kau orang tiba-tiba tanya pasal ni? Kalau kau orang nak tahu sebab apa sekolah tu terbakar memang aku tak tahu, jadi batalkan niat kau orang nak tanya pasal tu.” Sambungnya lagi tatkala melihat rakan-rakannya beriaksi sebegitu.


“Tak ada la. Kita orang tahu kalau kita orang tanya kau pun kau tak akan tahu punya. Sebab kau ni memang tak ambil tahu pasal hal sekeliling kau, lagi-lagi tentang gossip.” Balas Azuana yang memang arif benar tentang Esya.


“Tau tak pe.” Balasnya selamba.


“Hmm.. Pe yang kita orang nak bagitau ni, budak-budak yang akan dipindahkan masuk ke sini betul-betul…”sengaja Mastura tidak menghabiskan ayatnya.


“Menjengkelkan?” tekanya. Mastura dan Azuana pantas menggeleng sambil menahan rasa terujanya.


“Menyakitkan hati?” tekanya lagi. Sekali lagi Mastura dan Azuana menggeleng.


“Menakutkan?” tekanya sambil keningnya di angkat. Lagi sekali sahabat-sahabatnya menggeleng kepala.


“Ok ak tahu. Diorang semua betul-betul BURUK…” katanya selamba.


“TAK!” serentak Azuana dan Mastura menjerit.


“Kau ni teruk la. Tak baik la kata diorang buruk. Kalau diorang terdengar mesti terasa hati.” Balas Azuana yang tidak beberapa setuju dengan kata-kata Esya.


“Ohh sorry. Hmm, let me think. They must be… Tak berapa nak hensem or tak ada la hensem mana or langsung-sangsung tak hensem. Maybe you right girls. Tak baik cakap diorang buruk tapi kalau kata yang diorang tak berapa nak hensem or tak ada la hensem mana or langsung-langsung tak hensem diorang tak ada la terasa sangat kan. Right?”


“Aduhh, apasal lah aku ada kawan macam kau ni?” Mastura pula membalas. Azuana hanya menggeleng. Entah apa yang tidak kena dengan kawannya itu.


“Apa sal? Teori aku salah ke?” tanyanya yang agak bingung.


“Diorang lebih dari buruk, tau.” Balas Azuana.


“You meant HODOH?”


“Esya!!!” serentak kedua-dua gadis itu menjerit, tidak suka Esya mengata yang bukan-bukan terhadap 
Jejaka-jejaka Idaman Malaya itu.


“What?!” Tanya nya selamba walhal dia sendiri sudah faham dengan apa yang ingin diberitahu oleh sahabat baiknya itu. Sahaja dia ingin mengusik kawan-kawannya atau dalam kata lain, dia tidak ingin mengambil tahu tentang itu semua.


“Kau ni memanglah kan… Apasal yang lembab sangat ni?!” marah Lisa.


“Laa… Salah lagi ke? Dah lah. Aku tak nak tahu pun. Tapak perhimpunan jom.” Ujarnya lantas bangun dan menuju ke arah pintu. Sempat tangannya mengambil sebuah novel di dalam begnya itu. Dirinya tau pasti dirinya akan diselubunggi oleh kebosanan.


“Jom lah. Korang tunggu apa lagi?..” Esya terus berlalu tanpa menunggu sebarang jawapan dari teman-temannya.


“Wait a minute la, Esya…” terkoncoh-koncoh mereka berdua berlari menyaingi Esya yang sudah  memasuki dewan.


@~@~@




“Saya mempunyai satu pengumuman yang agak mengejutkan, maybe. Mungkin sesetengah pelajar sudah mengetahui tentang hal ini. 8 jam yang lepas, sebuah sekolah yang hanya menerima pelajar lelaki atau dalam kata lain, sekolah lelaki telah terbakar. Dan pihak kami telah menerima sebanyak 30 orang murid lelaki. Oleh kerana sekolah kita hanya untuk tingkatan 4 dan 5 jadi kita tak perlu mengambil lebih banyak pelajar. Jadi itu satu berita baik, mungkin.” Gurau Pengetua MASTER PRIVATE SCHOOL, disambut dengan gelak ketawa para pelajarnya.


“Ok, so... Separuh daripada 30 pelajar ini merupakan tingkatan 5 dan selebihnya tingkatan 4. Saya harap pelajar-pelajar dapat menerima kehadiran mereka. Mungkin kalian masih terkejut kerana kita bakal mendapat ahli baru dalam sekolah ini. Malah, saya turut terkejut kenapa saya begitu baik hati ingin menerima pelajar-pelajar ini.” Guraunya lagi.


“ Saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama. Dan selamat datang di ucapkan kepada pelajar-pelajar baru. And for the boys, watch out there’re new hot boys in our school. So take a good care for your ladies. Don’t make her crazy of them. ” Bergema dewan itu dengan tepukan-tepukan pelajar sebaik sahaaja Tuan Pengetua selesai berucap. Dan serentak itu 30 pelajar lelaki tampir ke hadapan menunjukkan wajah masing-masing.


Riuh-rendah suara pelajar perempuan bersorak nakal melihat pelajar-pelajar lelaki yang mungkin kacak bagi mereka. Ada yang hampir pengsan. Ada juga yang cepat-cepat membaiki penampilan masing-masing. Mastura dan Azuana juga tidak ketinggalan membaiki penampilannya.


Esya hanya memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan di sekelilingnya. Kepalanya diangkat dari membaca novel yang juga merupakan novel barunya. Kata-kata pengetua cuba dicerna semula. Dan akhirnya matanya berlari kearah pelajar-pelajar lelaki yang masih tersenyum kebanggaan akan kekacakan masing-masing. Dirinya berharap wajah itu tidak akan diketemuinya di antara wajah-wajah di hadapan itu.


Dan akhirnya, matanya bertembung jua dengan mata si lelaki. Lelaki yang kini merupakan musuh sejatinya. Lelaki yang amat dibencinya kerana lebih diberi perhatian oleh ibu kandungnya berbanding dirinya.


‘ Goshh.. It’s him! ’


Masing-masing terpana. Esya segera melarikan matanya kearah novel di tangannya. Tidak mahu berterusan memandang musuhnya itu. Novel ditangannya pantas ditutup dan dirinya mengorakkan langkah meninggalkan dewan itu setelah diumumkan majlis sudah selesai.


@~@~@






p/s ~ English thir x bgus sgt, so thir hrap klau ad yg slh tlg bg tau ye... enjoy! klau x best thir mtk maaf....  

6 ulasan:

pipvz devil said...

cite dah bmula..hemm..bguz..hrp2 cpt ler n3 bru akn mnyusul slps ni ek..hehe..

Zuera said...

best2... cpat sambung... hehe

greeny gurlz said...

cedap4...
nk lagi..!!!!

tHiR... said...

thankss.... insyaAllah.. nnti thir post....

Haruno Hana 하나 said...

thir~
smbung lg ek?
k.hana tggu :D

eida said...

Best'sssss.... Cepat2 lah sambung ek....