Pelawat Yg ke -:

TaSiK pUtErI...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

TaSiK PuTeRi.....

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

My BeSt LoVeLy EnEmY...

Tuesday, March 15, 2011

Prolog Anafara Daisy

Enovel ni akn disambung slepas salah satu enovel yang dah sedia ada dlm blog ni tamat. Jadi, mungkin lambat sikit larhh.. Harap bersabar...







"Comelnya baby!" Budak lelaki yang berusia 2 tahun setengah itu mencuit pipi bayi montel yang berada dalam dukungan abangnya sulungnya, Hakimi. Sesekali dahi adiknya dicium oleh Hamizi. 

"Nanti boleh lah Fizi ajak dia main bola kan?" soal Hafizi dengan pelatnya.

"Dia ni perempuan lah. Bukannya lelaki.." sampuk abangnya, Shahril.

"Yeahh yeahh... Perempuan. Zack dapat adik perempuan." melompat-lompat Zakri mendengar kata-kata abangnya itu.

"Apa nama dia along?" soal budak lelaki yang bernama Hafizul pula kepada abangnya.

"Entah. Papa apa nama dia?" tanyanya pada si ayah yang asyik tersenyum disamping ibunya.

"Along, Shah, Izul, Zakri, Fizi, Mizi.. Nak adik nama apa?" tanyanya pada anak-anaknya itu. Bersorak gembira masing-masing mendengar kata-kata abahnya itu.

"Shah nak nama Daisy sebab dia cantik macam bunga Daisy." pantas Shahril berkata.

"Apasal tak letak nama Ros je?" Alongnya memberi cadangan.

"Ros tak sedap. Daisy lah.." Balas Shahril lagi. Hamizi dan Hafizi hanya mengangguk kepalanya tanda menyokong abangnya itu.

"Ok, lah.. Daisy pun daisy lah." Hakimi mengalah.

"Tak kan nak letak nama Daisy je kut. Pendeknya." petah Hafizul berbicara.

"Ana.." perkataan yang terbit dari mulut Zakri yang tadinya hanya diam itu membuatkan kelima-lima mereka berpaling ke arahnya. 

"Apa dia?" Hakimi menyoal.

"Anafara... Best nama tu." balas Zakri serentak melemparkan senyuman manisnya sehingga menampakkan giginya yang rongak.

"Setuju!" kata Hakimi riang disambut dengan suara adik-adiknya. Abah dan ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. 

"Anafara Daisy?!" soal Rahman.

Serentak mereka berenam menganggukkan kepalanya.

@!@!@

16 TAHUN KEMUDIAN.

"ANA!" panggil lelaki yang berusia separuh abad itu. 

Tiada sahutan.

"ANAFARA!" lelaki yang berkemeja biru lembut itu mendengus geram sebelum melipat surat khabar yang dibacanya tadi. Kuat suaranya melaungkan nama ' sang puteri.'

Masih senyap.

"ANA!" kali ini tiga suara bergabung memanggil Anafara yang masih berada di dalam biliknya. Mungkin masih diulit mimpi lena. 

 Langsung tiada balasan.

Kelapan-lapan lelaki yang berada di ruang tamu itu berpandangan seketika. Masing-masing mengetap geram dengan peragai ' Puteri ' mereka yang selalu lambat.

"ANAFARA DAISY!!!" bergegar suara mereka bergabung. 

..pause!..

ANAFARA DAISY... 

" Akulah tu. Nama panjang aku, Anafara Daisy binti Abdul Rahman. Umur aku? Muda lagi, 15 tahun aje. Aku ada 6 orang abang dan seorang adik lelaki. Yang bestnya, aku ialah satu-satunya puteri dalam rumah ni atau dalam kata lain I'm the only girl. Aku ada abah yang sangat sayangkan aku. Abah sekarang seorang usahawan yang agak berjayalah jugak. Ibu aku?! Ibu aku dah lama meninggal. Kata abah, ibu meninggal selepas lahirkan adik aku.

Aku tak pernah pun jumpa ibu sebab waktu tu aku masih kecil. Mana nak ingat kan.. Aku dibesarkan oleh abah dan abang-abang aku. Aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih dapat kasih sayang dari abang-abang aku walaupun kasih sayang dari ibu, aku tak pernah dapat. Anyway, abang sulung aku bernama Azlan Hakimi berusia 23 tahun. Masih single tau.. hehe.. Dia ni kadang-kadang tegas lah jugak. 

Abang kedua aku, Shahril Mikhail berusia 20 tahun. Abang Syah ni agak serius tapi ada masanya sangat-sangat kelakar. Masih jugak single. Abang aku yang seterusnya ialah abang Hafizul Zamri. Tahun ni dia akan ambil STPM. Abang Joe agak playboy lah jugak.Dia ni mesra alam sangat. Next, Aman Zakri.. Abang Zack. Hmm.. Abang Zack kurang rapat dengan aku tapi yang aku tau, dia sayangkan aku. hehe.. Abang Zack dalam tingkatan 5 tahun ni. So, tau-tau aje lah tingkatan lima mesti menghadapi peperiksaan besar, kan!

Si kembar! haha.. Yang ni abang aku yang kelima dan keenam. Diorang ni caring sangat dan suka buat lawak. Abang Hamizi Ramzi dan Hafizi Hashim. Diorang memang kembar seiras yang hanmya tua setahun dari aku. Kadang-kadang aku boleh keliru yang mana satu abang Fizi dan abang Mizi. And last but not least, adik aku! Biasanya adik yang bermanja dengan kakak kan? Tapi aku dengan Nazrul Azizi lain. Dia dah macam abang aku. Pelik kan? Tapi itu lah kenyataan. Dia yang manjakan aku, bukan aku yang manjakan dia.

Ramai tak adik beradik aku? Agak ramai lah kan. Abang Joe, abang Zack, abang Mizi, dan abang Fizi satu sekolah dengan aku. Eh, adik aku pun satu sekolah jugak dengan aku. Azizi cuma muda satu tahun aje dengan aku. 

Aku ada lapan boyfriend! haha... Ramai kan?! haha.. Jangan salah faham.. Aku bukan minah yang gilakan boyfriend dan sering bertukar boyfriend! No! Aku tak macam tu. Boyfriend aku, Boyfriend selamanya! haha.. Faham maksud aku?! Ok, biar aku terangkan. Boyfriend pertama aku, semestinya bakal suami aku pada masa akan datang. Yang ni misteri! Sebab aku sendiri tak tau siapa bakal suami aku. Yang ni serah pada tuhan je lah. Yang kedua hingga ketujuh, of course lah abang-abang aku. Dan yang kelapan my lovely adik lah.. hahaha.. 

Pernah sekali kawan-kawan aku tanya pasal boyfriend aku. Aku jawab 'Boyfriend aku ada lapan, yang mana satu kau nak tahu?' haha... Melopong mulut masing-masing. haha.. Selama ni aku tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki, tiba-tiba ada lapan orang boyfriend.. Tak ke pelik?! haha.. Aku tak peduli apa yang orang kata, yang pasti aku bahagia dengan hidup aku. Hmm.. Aku rasa dah terlalu panjang lah yang cakap.. So, continue yang tadi, ok! "

...continue!..

DEBUKK..

Kuat bunyi seseorang jatuh di tingkat atas. Menggeleng Rahman. Pastinya, anak daranya lah yang jatuh itu. 

"15 minit" jerit Anafara.

"Lambat 5 minit, abang tinggal.." balas Zakri kuat.

25 MINIT KEMUDIAN..

Kedengaran tapak kaki seseorang berlari turun tangga dan berhenti di meja makan. Cawan yang sudah berisi air susu dicapainya dan diteguk. Roti yang sudah disalut jem itu digigitnya. Kakinya dengan pantas mendekati rak kasut. Kasut sekolahnya dicapai. Selesai memakai kasut, baru kepalanya memandang tujuh orang jejaka yang merenungnya tajam. Hanya sengihan dilemparkan.

"Ana, tudung senget." tegur Azizi. Dan tanpa sempat tangannya membaiki tudung yang senget itu, Azizi sudah terlebih dahulu membaikinya.

Sengihan masih dilemparkan pada abang-abangnya yang lain. Abang Zacknya dipandang. Pastinya abangnya itu memarahinya kerana abangnya perlu bertugas pada hari ini. Abang Zacknya merupakan ketua pengawas sekolah.

"10 minit lambat. Tadi kata 15 minit aje, sekarang dah 25 minit. Apa kes tu?" tanya abangnya. Anafara sekadar tersengih membalas pertanyaan abangnya itu.

"Ana tidur pukul berapa semalam?" tanya abang Shahnya pula.

' Ok, soal siasat sudah bermula.' desis hatinya.

"Pukul 3.30.." jawabnya lambat-lambat. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"Buat apa sampai tidur lewat-lewat?" abang Joe nya pula bertanya.

"Abang Fizi dengan abang Mizi ajak tengok cerita hantu." Kali ini pantas sahaja jawapan meluncur keluar dari bibirnya sambil jari telunjuknya menunding ke arah Hafizi dan Hamizi. Senyuman tidak bersalah diukirkan kepada kedua-dua abangnya.

"Apa pulak abang? Abang Fizi tu yang ajak Ana.." jawab Hamizi pula. Hafizi disebelah dijeling.

"Aku pulak yang kena. Kau tu yang suruh aku ajak Ana.." Hafizi tidak mahu mengalah. Masing-masing cuba melarikan diri dari dimarahi oleh abang-abangnya. Azizi sudah mengekek melihat abang-abangnya yang saling tunding menunding.

"Korang berdua sama sahaja." Marah Hakimi. Terus diam kedua-duanya. 

"Dah-dah.. Nanti lagi lambat." tegur abahnya yang baru muncul dari dalam biliknya. 

Hamizi dan Hafizi membonceng motosikal. Anafara manumpang abangnya, Hakimi dan Shahril. Azizi dan Zack pula menaiki kereta bersama abangnya, Hafizul. Kenapa mereka tidak datang ke sekolah bersama?! 

Nantikan episode seterusnya..




3 ulasan:

ihaaz said...

menrik..
sye suka`

Haruno Hana 하나 said...

betul3
menarik Thir^^
sambung ek?
:D

tHiR... said...

trime ksih...
hehe.. insyaAllah, kalu ad mse thir tmatkan enovel yg sedia ad dlu lps tu bru thir smbg yg ni...