'Hishh.. Monyet betul lah mamat tu.' gerutu hatinya. Kasut sekolah dibuka lantas diletakkan di atas rak kasut. Mulutnya tidak sudah-sudah mneyumpah seranah Anas.
Pintu yang tidak dikunci itu dikuak. Senyap.
'Tak ada orang ke?' tanya hatinya.
"Ma.." Laungnya kuat.
Senyap. Dapur dituju. Tiada. Ruang keluarga juga diintai. Tiada. Semua tempat sudah dicari kecuali bilik mamanya. Tidak mungkin dirinya akan memasuki bilik itu. Kalau dahulu, bilik mama dikongsi dengan papa. Tapi kini bilik itu dikongsi dengan 'papa barunya'. Papa yang tak pernah dianggap papa.
Tanpa memikirkan ke mana mamanya pergi, Esya pantas menaiki tangga. Menuju ke arah biliknya. Selesai mandi dan menyalin baju kurungnya, Esya kembali mengambil beg dompetnya dan telefon bimbit yang berada diatas meja solek itu. Dompet dah telefon dimasukkan kedalam beg converse hitamnya. Tudung dicapai dan dipakainya. Kaki melangkah keluar dari bilik. Tangan bermain-main dengan anak kunci skuternya. Berniat untuk keluar ke rumah kawannya memandangkan tiada sesiapa dirumahnya saat itu.
Secara tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Pintu bilik di depannya ditenung lama. Tangannya bergerak memulas tombol pintu bilik itu. Tersenyum Esya saat pintu bilik itu dapat dikuak. Perlahan-lahan dirinya berlalu masuk ke dalam bilik 'anak baru' mamanya itu. Dipandang sekeliling bilik itu. Bersih. Barang-barangnya juga tersusun rapi. Pertama kali memasuki bilik Anas, Esya terpegun. Biliknya tidak seperti bilik seorang lelaki bujang. Kemas.
'Woww.. Kemasnya bilik dia.'
Buku-buku yang tersusun itu dipandang kagum. Almari yang dipenuhi pingat dan piala dihampiri. Anas sememangnya seorang yang kuat bersukan sehingga dapat mengumpulkan semua pingat-pingat itu. Dirinya masih terpegun dapat melihat bilik Anas itu.
'Come on la Esya. Macam kau tak pernah tengok bilik lelaki bujang yang kemas macam ni. Bilik Abang 10 kali lebih kemas dari yang ni. Entah-entah bilik ni mama yang kemaskan. Huhh..' hatinya membalas sama sendiri. Serentak dengan itu, Esya mencebik.
Meja di kanan katil itu pula dihampiri, terdapat banyak gambar-gambar Anas. Esya membuat simpulan bahawa Anas seorang yang gemar bergambar. Gambar yang berada di belakang itu menarik perhatiannya. Gambar sebuah keluarga. Masing-masing tersenyum gembira. Frame di sebelah pula diangkat. Saat itu, Esya hanya mampu mencebik. Gambar perkahwinan mamanya dan daddy Anas. Dimana mamanya tersenyum bahagia memandang Anas yang berada di dalam pelukan Zamrul. Saat itu, dirinya langsung tidak dipeduli oleh mama. Mungkin disebabkan dirinya yang hanya berkurung di dalam bilik sedangkan pada waktu itu berlangsungnya perkahwinan kedua mamanya. Puas dipujuk tetapi hatinya masih tidak boleh menerima perkahwinan mamanya itu.
Beg galas yang tadinya digalas dijatuhkan ke bawah. Bibir diketap kuat. Memikirkan apa yang harus dibuatnya bagi membalas dendam. Tidak mungkin dirinya akan membiarkan sahaja. Tidak sama sekali.
"Jangan panggil aku Esya, kalau aku tak buat apa-apa. So, let's play!" katanya perlahan. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman. Tangan menyeluk poket jeansnya, mp3 dikelurkan. Punat 'play' ditekan. Jam yang terletak elok ditangan dipandang sebelum mengatur langkah ke arah almari.
Almari baju dibuka, semuanya tersusun. Dan tanpa diarah, tangannya pantas mencapai baju-baju yang ada dah dilempar ke atas katil. Laci juga dibuka, tangannya sengaja mengucar-kacirkan barang-barang yang ada. Katil yang agak besar itu ditujunya. Tanpa memikirkan apa-apa, Esya memanjat ke atas katil itu. Dengan selambanya dirinya melompat-lompat riang. Bantal-bantal yang ada disepak ke bawah. Kepalanya terangguk-angguk sambil bibirnya menyanyi kecil.
Akhirnya Esya terbaring keletihan diatas katil itu. Dipandang sekeliling. Senyuman puas terbit saat melihat 'hasil kerja'nya. Perlahan-lahan matanya tertutup. Dirinya masih lagi mengantuk akibat tidak tidur semalam.
Bunyi I-phonenya memeranjatkannya. Pantas matanya terbuka luas. Tangan mencari-cari telefonnya itu. Dan akhirnya bunyi itu berhenti dengan sendiri. Esya kembali berbaring. Berniat untuk menyambung tidur. Baru sahaja dirinya ingin melelepkan mata kembali, dengan pantas matanya terbuka. Pandangan dilemparkan sekeliling. Jam tangannya dipandang lama.
"Oh my... I'm late!" jeritnya perlahan.
Tergopoh-gapah Esya bangun dan membetulkan tudungnya. Pantas dirinya berlari keluar dari bilik itu sambil membawa beg galasnya tanpa memikirkan pintu yang tidak ditutup dengan kemas itu. Tangga diturun laju. Sempat tangannya mengambil sebiji epal yang berada di dalam bakul di atas meja bagi mengalas perutnya yang sudah berbunyi. Sneaker putih hitam itu disarungnya. Baru sahaja Esya ingin membuka pintu, pintu dihadapannya itu sudah terbuka. Anas Zukarnain kini berdiri dihadapannya.
"Welcome Home!" ujar Esya, membuatkan Anas terkejut. Sangat luar biasa.
"Mama tak ada. Bagitau mama, aku keluar kejap. Aku makan kat luar hari ni." laju sahaja mulutnya berpesan, langsung tidak memandang muka jejaka dihadapannya itu. Esya berjalan pergi tanpa sempat Anas membalas apa-apa. Senyuman sinis terukir pada bibir merah itu.
'Weirdo!' desis hatinya. Anas hanya mengangkat bahu. Malas mengambil tahu kenapa dengan Esya. Kaki melangkah masuk sambil mulutnya bersiul perlahan.
Laju sahaja kakinya memanjat tangga. Pintu bilik ditolak. Terkaku. Matanya dikelip-kelipkan. Aku salah bilik ke? Tak mungkin! Pahanya dicubit sedikit. Okey je! Kaki di undurkan kebelakang kembali. Tombol pintu di tarik, dan ditutupnya. Mata dipejam 3 saat. Bismillahirahmanirahim... Tombol pintu dibuka kembali. Tetap sama. Matanya tetap dikelip-kelipkan.
' Thief?'
'Kalau betul, apa pasal bilik aku je yang dirompak?'
'Tak kan banyak sangat harta karun dalam bilik ni?'
Kaki pantas bergerak menuju ke arah bilik yang bertentang dengannya. Dipulas tombolnya. Terkunci. Bilik mama dan papanya juga terkunci. Bermakna, hanya biliknya sahaja yang tidak berkunci. Adakah disebabkan itu biliknya 'dirompak' ? Tak logik! Kenapa kawasan rumahnya yang lain masih tersusun rapi jika ada yang berniat untuk merompak.
Keningnya digaru sedikit. Kepalanya sudah pusing untuk memikirkan kebarangkalian yang mungkin terjadi hingga menyebabkan biliknya ' hancur'. Begnya dilemparkan ke atas katil. Setakat ini tidak ada satupun yang melintas difikirannya.
Baru sahaja dirinya ingin berlalu memasuki bilik mandi, dirinya terperasan sekeping kertas yang berada di atas meja dimana tersusun gambar-gambarnya. Kertas putih yang berlipat itu diambilnya dan dibuka.
'Baiknya perompak ni.' desis hatinya. Anas kembali mengelamun, memikirkan kejadian aneh itu. Seketika dirinya menggeleng-gelengkan kepalanya dan seketika kepala terangguk-angguk. Entah apa yang difikirnya saat itu. Matanya terpandang MP3 yang berwarna hitam yang terletak elok di bawah kakinya. Tanpa disuruh, tangannya bergerak pantas mengambil MP3 itu. Seingatnya, dirinya tidak pernah mempunyai MP3 berwarna hitam.
'Takkan perompak tu tertinggal kut?' hatinya masih bermain teka teki.
'Cuainya perompak zaman sekarang.' detik hatinya. MP3 ditangan dipandang semula. Dia seakan-akan pernah melihat MP3 itu. Otaknya ligat mencari jawapan. Dan akhirnya...
"I got it!" jeritnya kuat. Senyuman mula terbit dibibirnya.
'Siap kau!'
@!@!@
Skuter dipakir. Helmet dibukanya. Cafe' dihadapan dipandang lama sebelum dirinya berlalu memasuki cafe' tersebut. Pandangannya meliar ke kiri dan kanan, mencari Hisyam Hanif. Akhirnya pandangannya tertumpu ke arah seorang jejaka yang sibuk mengayat pelayan perempuan di cafe' itu. Entah apa yang dibualkan sehingga pelayan itu tersenyum malu. Esya hanya menggelengkan kepalanya.
"Sorry. Lama tunggu?" terpa Esya sehingga membuatkan perbualan mereka berhenti.
"Tak ada lah lama sangat. Dalam sejam je." perli Hisyam sambil meletakkan jarinya di bibir seakan-akan merajuk dengan Esya. Pelayan perempuan yang memakai tag nama Lina itu ketawa mengekek.
Esya tersenyum. 'Ketawakan aku ye..'
"Sorry lah darling. Tadi Esya tertidur. Letih sangat. It won't happen again." ujarnya sambil mengusap-usap pipi Hisyam memerangkap bapa saudaranya itu. Suaranya sengaja dilunakkan. Matanya mengerling pelayan perempuan itu yang kini memandangnya tajam. Hisyam tersenyum manis melihat jelingan Esya terhadap pelayan itu.
'Dah mula dah perangai dia...'
"Order lah sweetheart. Nasi Ayam sini best tau.." Hisyam kembali menarik pinggannya yang masih penuh dengan Nasi Ayam.
"Ok.. Mak cik.. Fresh orange 1, Nasi Ayam 1.." ujarnya selamba. Hampir sahaja Hisyam melepaskan ketawanya tetapi sempat ditahan. Wajah pelayan tersebut sudah seperti udang yang dibakar. Merah. Mungkin menahan rasa marah.
"Oh ye, cepat sikit ye Mak cik.." balas Hisyam seakan menghalau pelayan tersebut dari menjadi patung dihadapannya. Dalam masa yang sama, dirinya juga ingin memendekkan tempoh 'drama' yang dilakonkan oleh Esya Niffara. Kalau dibiarkan entah apa pula yang dilakonkannya.
"Mak cik?!" Hisyam memandang Esya yang masih berlagak selamba sambil menahan ketawanya. Tidak tahan dirinya melihat muka 'Mak cik' itu ketika berlalu.
"Ok what. Tu belum aku panggil dia granny lagi.. Mekap dia tebal sangat." ujarnya sambil tangannya mencari sesuatu di dalam beg galas yang dibawanya tadi.
"Macam-macam lah kau ni.."
"Apa yang kau cari tu? Kalut semacam je.." Sambungnya lagi sambil mengerutkan keningnya.
"It's not here!" katanya kuat serentak memandang Hisyam seakan-akan meminta jawapan daripadanya.
"What?!"
"Where is it? How come it's not here?? It should be here..." ujarnya tanpa menjawab soalan Hisyam. Tangannya masih menggeledah segala perkakas yang berada di dalam begnya itu.
"Oh my god! Did I lost it?!" serentak dengan itu tangannya memegang kepalanya. Mata dipejamkan
"What?! what is it?!" Hisyam mula bengang disebabkan soalannya yang dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Esya masih diam. Langsung tidak mempunyai keinginan untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh Hisyam.
"Yeah.. Maybe dekat rumah. It should be there." Akhirnya matanya dibuka dan memandang tepat ke arah Hisyam yang masih ternanti-nanti jawapan daripadanya.
"Esya!" teriaknya apabila Esya dengan tergesa-gesa bangun dari tempat duduknya dan kini mengatur langkah ke arah pintu keluar. Langsung tidak dipedulikan pelanggang lain yang memandang ke arahnya.
@!@!@!@
'Mama tak balik lagi ke?' detik hatinya.
Anak tangga dipanjat. Pintu bilik dihadapannya dipandang lama. Masuk ke tidak?
Perlahan-lahan tangan cuba memulas tombol pintu itu dan menolaknya. Bunyi air di dalam bilik mandi menarik perhatiannya. YES! Hampir melompat dirinya saat itu. Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang masih bersepah itu. Masih sama seperti mana dia meninggalkan bilik itu tadi. Atas katil menjadi sasarannya. Tiada. Tangannya bergerak pula ke arah bawah katil. Selimut tebal itu diangkatnya ke atas katil.
"Apa kau buat tu?" Esya memandang sekilas sebelum kembali mengawal pernafasannya.
"Cari Mp3 aku.." jawapnnya sebelum kembali mengangkat bantal-bantal yang menganggu proses pencariannya.
"Ouhh." Anas menganggukkan kepalanya. Matanya masih memerhati setiap perbuatan Esya.
"Ni siapa yang buat sepah macam ni?! Kacau betul lah.." katanya perlahan membuatkan Anas menjelingnya tajam. 'Buat-buat tak tahu pula minah ni!'
"Kalaulah aku tau kau nak hilang macam ni, tak adanya aku buat sepah macam ni! " ujarnya lagi. Anas mengerutkan keningnya. 'Apa punya bodoh minah ni?! Boleh pula dia mengaku..'
"Jadi sepah semua ni kau lah yang buat ye?" sengaja Anas menanya kembali soalann yang dirinya sendiri sedia maklum akan jawapannya. Sengaja ingin menguji 'kebodohan' Esya.
"Ye lah.. Aku! Siapa lagi nak buat sepah macam gini.." selamba.
"Apasal kau buat macam tu?"
"Satu, sebab nak balas dendam. Dua, sebab aku bosan! Kau tau tak betapa bosannya aku sepanjang minggu ni?!" tangannya masih cekap mengangkat sebarang objek yang menganggu matanya.
"Kenapa pula nak balas dendam? Apa yang aku dah buat pada kau?" tanyanya lagi.
"Yang kau tanya banyak sangat ni apa pasal?! Kau ada nampak tak mp3 aku? Daripada kau duk menanya soalan-soalan tu semua, baik kau tolong aku cari. Perut aku dah lapar ni! Hish, rugi betul aku tak makan dulu tadi." marah Esya tanpa menjawab pertanyaan dari Anas.
"Cuba kau cari dalam laci hujung tu... "
"Takkan boleh masuk ke situ pula.." rungutnya tetapi tangannya tetap menarik laci yang berwarna putih itu.
"A'ah lah. Ada kat sini." pantas tangannya mengambil Mp3 tersebut sebelum berdiri dan bersedia untuk mengorak langkah keluar. Anas masih memandangnya sambil tersenyum nakal saat melihat Esya memulas tombol pintunya tetapi gagal. Dirinya bangun menghampiri Esya Niffara yang masih berlagak selamba.
"Apasal lah kau ni bodoh sangat?!" kelihatan Esya seperti mencuba membuka pintu itu sekali lagi membuatkan Anas tersenyum. 'Cuak lah tu’
“Boleh pulak kau masuk bilik seorang lelaki tanpa sedar yang kau akan terperangkap!" katanya dengan sinis. Esya berpusing menghadapnya sambil mengukirkan senyuman nipis, menambahkan kepelikan yang berlayar di kepala Anas. Langkahnya terhenti tatkala melihat pintu biliknya terbuka apabila Esya memulas sekali lagi tombol pintu itu.
Seingatnya, pintu itu sudah dikunci saat dirinya melihat Esya sudah terjatuh di dalam perangkapnya. Esya mengangkat kunci di tangannya sebelum melempar ke arah Anas. Anas hanya menyambutnya dan berdiri kaku di situ.
“KAU YANG BODOH SEBENARNYA!” kuat laungan Esya yang sudah berada diluar biliknya membuatkan Anas mengetap bibirnya. Marah. Siapa yang tidak marah apabila dikenakan sebegitu.
“TAK GUNA!” buku-buku yang berselerak di atas lantai di sepak kuat menandakan dirinya amat-amat bengang dengan Esya Nifara.
‘Jaga kau!’
@!@!@!@
Jam tangannya di kerling. Jarum pendek sudah menunjukkan ke arah nombor 10 manakala jarum panjangnya tepat pada nombor 6. Kunci di tangan di masukkan ke dalam lubang yang di sediakan. Pantas tangannya menguak pintu tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam. Salam yang di berikan mematikan perbualan rancak antara keluarga itu. Serentak mereka bertiga menjawab salamnya.
Esya hanya memandang ketiga-tiganya yang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Malas memikirkan tentang ‘keluarga bahagia’ itu, Esya pantas berlalu ke arah dapur. Panggilan daripada mamanya di sahut sebelum dirinya berlalu ke hadapan sambil memegang segelas jus yang sempat di ambil di dalam peti sejuk.
“Kenapa lambat sangat balik?” tegur Puan Seri Zulaikha.
Esya senyap. Jus masih lagi diteguknya sambil otaknya berputar, memikir sama ada patut atau tidak dirinya memberitahu tentang perjumpaannya dengan Auntie Amy yang merupakan kawan baik mamanya. Perempuan yang pernah di anggap sebagai perampas oleh mamanya. Dan sehingga kini, mamanya masih lagi berdendam.
“Kamu jumpa dia lagi?” soalnya. Melihatkan kebisuan yang ditunjukkan oleh Esya, membuatkan dirinya terpaksa membuat tekaan sendiri. Dan ternyata tekaannya tidak meleset sama sekali.
“Berapa kali mama dah cakap, jangan jumpa perempuan tu lagi.Dia cuma nakkan harta kamu!” marahnya.
“Ma, Auntie Amy bukannya macam tu.” bela Esya,membuatkan amarah Puan Seri Zulaikha semakin tinggi.
“Kamu jangan jadi bodoh Esya! Betina gatal tu memang tamakkan harta. Tak boleh papa kamu, dia nakkan kamu pula. Bila dia tau papa kamu sakit terus dia lari kawin dengan jantan lain. Papa kamu tu memang bodoh sebab terlalu percayakan dia. Kononnya sayang sangat dekat betina tu. Dan sekarang kamu pula yang nak ikut jejak papa kamu?!” lantang suara Puan Seri Zulaikha memarahi anaknya.
Mendengar mamanya mengutuk papanya membuatkan dirinya semakin berapi. Mamanya tidak tahu apa pun, tetapi kenapa memandai sahaja mereka cerita di antara papa dan Auntie Amy yang sudi menolong papanya walaupun pada mulanya tidak sanggup kerana tidak mahu mengkhinati kawannya sendiri.
“Tolong jangan hina papa Esya! Papa tak seteruk yang mama sangka! Auntie Amy juga bukan perempuan yang macam tu!” pantas gelas yang dipegang diletakkan dengan kasar sekali ke atas meja. Kaki bergerak ke arah tangga.
“Kamu tak tahu apa-apa, sayang! Diorang dah tipu kamu! Kamu masih kecil waktu tu! Sekarang, sebelum kamu menjadi mangsanya, lebih baik kamu jauhkan diri daripada perempuan tu!” suara mamanya sudah kendur tetapi masih ada tegasnya.
“Tak! Orang yang tak tahu apa-apa di sini ialah mama! Esya tau semuanya. Esya tau kenapa dan mengapa papa bertindak menceraikan mama. Esya tau semuanya yang mama tak tau!!” kuat suaranya menindakkan apa yang dikatakan oleh Puan Seri Zulaikha.
“Kamu....” tidak sempat Puan Seri Zulaikha menjawab, Esya terlebih dahulu membalas.
“Ma, stop it! Esya hormatkan mama sebagai mama Esya. Kalau macam ni cara mama, rasa hormat Esya pada mama akan hilang!” serentak dengan itu, dirinya dengan pantas memanjat tangga menuju ke biliknya tanpa menghiraukan Tan Sri Zamrul yang sedang menenangkan isterinya dan Anas yang terkelu di tempat duduknya. Entah apa yang ditengkarkan oleh ibu dan anak itu, langsung tidak di ketahui.
Esya menghempas pintunya dengan kuat. Geram dan kesal dengan kata-kata mamanya sebentar tadi. Papanya rela berkorban demi kebahagian mama tetapi mengapa mama masih berdendam. Rasanya, ingin sahaja dirinya berteriak menceritakan semuanya kepada mamanya. Biar mamanya faham. Biar mamanya pula yang menangis dengan pengorbanan papanya dan juga pertolongan kawan baiknya sendiri. Air mata yang mengalir di kesat kasar.
Esya pantas membuka tudungnya dan mengambil tuala sebelum berlalu ke dalam bilik air. Dia perlu menenangkan dirinya. Dia tidak suka perasaan amarah terhadap mamanya semakin menebal di dalam hatinya. Walau bagaimanapun, masih ada perasaan hormat pada mamanya itu. Dia perlu menyiapkan diri utuk menunaikan solat Isya’.
@!@!@!@







2 ulasan:
w0w hahahhah!smbung agy
hahaha... ok tak?
lme x mnulis, rse plik... haha
Post a Comment